Thursday, April 8, 2010

Malam Puisi Riong, Dewan Besar, UTeM, Melaka

Petang semalam, aku ada test subjek core. Robotik. Tak sia sia juga tidur pukul 5pagi bila kau boleh jawab teori dengan penuh berkeyakinan serta berfalsah serta mapan sampai tak cukup line jawapan.

Riak Itu Dosa, Macha.

Baiklah. Malam Puisi Riong. Perkara ini terjadi malam tadi. Aku memang tak berapa nak "in" benda benda yang melibatkan pergerakan ni. Nak pergi minum air kat dapur pun aku malas nak bangun, ini kan pula mahu pergi ke Durian Tunggal malam malam buta (walaupun flyover tu mendekatkan jarak, kemalasan aku tetap menguasai segenap cakerawala). Lepas test robotik, aku balik dan tidur. Bangun pukul 7.30 malam, baca blog ini dan ini, terus aku ambik keputusan nak pergi pukul 7.50 malam.

Pukul 8 gerak. Sorang sorang. Terbaik.

Aku tak pernah hadir event macam ni. Serius. Tapi Puisi Riong ni membuka satu dimensi baru tentang gaya santai pada aku. Baca puisi tak semestinya membosankan. Malah, kalau kena gayanya, kau akan terhibur dan betul betul "sampai" apa yang cuba di sampai kan.

Puisi bertajuk Tukang yang disampai kan oleh Sabri Yunus misalnya, pada aku, memang lawak, tapi maksud dia, mendalam. Betul betul makan dalam.

Sebut pasal makan, lepas habis Sabri Yunus baca puisi, aku pun balik.

Dengar puisi, dengar jugak. Perut bunyi dalam hall ape cer derr??

Beberapa fakta menarik.

1) Membaca cerita juga boleh menjadi menarik.

2) Aziah sangat hot ber-baby T bersama high heel.

3) Baru aku tau macam mana nak lagukan gurindam. Fun!

4)

..ok ok. Aku dah tak boleh fikir banyak banyak.

Sekian.

Lapar punya pasal, aku miss A. Samad Said combo dengan Ramli Sarip. Rasa menyesal pulak. Ceh.



Next aim, MASKARA!

.

13 comments:

hanie said...

teringin nk g maskara..tapi segannnnn!!

:P

jo said...

gua first time dgr sabri yunus berpuisi pun terus jadi suka.

tasekM said...

hr tu ada jemputan utk apak darren utk majlis nih... dia pergi ke tak, tak pasti le aku...



.

paiseh said...

fynn ada x..?? fynn J~

crazy_labelle said...

kalo ade pipi bru ak pegi >.<

Anonymous said...

maskara!
mimpilem!
plore!

eik`S noName said...

sabri yunus pom leh berpuisi skrg...hehe
maju2

the_crew said...

tq kerana sudi hadir ke majlis ini...huhuhuh

Masy said...

perghhh termiss yg A Samad Said pulak tu. kesal smpi mati la ni hahaha

ashraf sahdan said...

manada diorang combo. diorang tag team lawan undertaker sama kane.

Diana Ishak said...

layan puisi jugak ko eh.
ganas ok.

k.e.r.i. said...

dah ada dewan sendiri baru lah gagah sikit nak anjur program macam ni.

racYnc said...

slm...

memang impian haju nk mendengar sabri yunus berpuitis...

msih xdpt lg...

ceh!

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..