Saturday, November 7, 2009

Perkara yang difikirkan sebelum menjawab Exam.

Petang tadi ada test. Test amat mudah. Semua objektif. 80 soalan. Dah macam jawab soalan Kemahiran Hidup masa PMR dah ni. Kalau budak PMR tahu mesti kena gelak. Bikin malu sahaja. Belum habis masa menjawab, 80 peratus dewan dah kosong. Hehh!!

Tapi aku bukan nak cerita pasal paper tu. Aku nak cerita pasal kenduri Pari Pari Syurga yang aku nak pergi esok. Dari pagi tadi lagi macam macam benda aku fikir pasal kenduri dia ni. Yang aku tak faham, kenapa aku lebih fikirkan kenduri dia dari test aku.

Baiklah. Dengan menggunakan Kaedah Bernombor yang digunapakai oleh Che Det, kita mulakan :
  1. Perlu tak aku cukur jambang aku ni? ini bermain main dalam kepala aku sejak semalam lagi. Kenapa aku malas sangat nak cukur? Saja nak tayang kat orang2 yang takde bulu. hahaha~

  2. Patut tak aku bawak sampul duit hari raya tanpa isi? Atau salam je dengan tangan kosong?

  3. Hadiah? err....skip.next.

  4. Agak2 kalau tuan rumah nampak aku naik Nouvo Darkk yang separa jahanam tu dia akan bermurah hati bagi nasik lebih tak?

  5. Patut tak aku skip dinner malam ni?

  6. Agak2 kalau mak andam tu mekap macam opera cina pengantin perempuan tu, patut tak aku gelak depan dia? atau aku gelak dengan Tasik Merah masa tengah makan?

  7. Kalau aku pakai baju melayu nampak over tak?

  8. Aku ade paper petang tadi dan boleh pulak aku lebih fikirkan pasal bende ni? Macam habau punya perangai.

  9. Kalau lauk tak sedap nak komplen kat sape?

  10. Berbalik kepada point (1), kalau aku cukur, agak2 la kan..ada tak gadis-gadis nak mintak no fon nanti?

  11. Kejap. Aku tak de fon! Takkan nak bagi no fon darkk, jahanam!

  12. Perh. Dah sampai point 12 lah.

  13. Kalau aku dapat salam pengantin lelaki, patut tak kalau aku cakap,"Bang,
    malam kang jangan bagi akak ni online tau. Kang dia baca blog saya, kantoi la saya mengumpat dia"

  14. Tapi.....takkan la dia nak online kannnnnnnn~~hahaha

  15. Dia kata dia ajak ramai blogger, kalau dapat jumpa Paiseh lagi sekali bagus juga. Aku ada hutang nyawa nak dibalas ni. Tak gitu seh??

  16. Macam mana kita nak tau orang tu blogger atau tak?

  17. Agak2 Kak Di datang tak? Kalau tak silap aku dia ni pun pesen gelak tak hengat dunia ni.
    Kalau join dengan tasik merah dengan pari2, mau gegau melaka. hahaha~


Perh. Dah tujuh belas. Udah udah la tu. Minggu depan aku nak rest sikit. Taknak updet hari2 macam minggu ni. Penat, tahu? Lagipun aku dah nampak flaw dalam eksperimen update hari2 ni.

oh. Kepada semua bloggers Melaka, anda di jemput hadir ke kenduri ini juga. Alamat? heh. Takkan la aku nak bagi. Nanti korang berebut acar buah dengan aku. Aku dengar cerita tu lauk dia yang paling A.

Ok.Ok. aku bagi hint. Dewan Taming Sari. Dewan tu dekat MBMB. Tau? Kalau tau terjah je. Dia dah bagitau aku dia tak letak Pakgad tahan sape-sape yang takde kad kahwin.






apesallaa ko tak scan sekali jalan nak pegi dewan tu akak sayang oii~




17 comments:

Darkkadabra said...

Hoh.Orang Pertama.

jo said...

kirim salam dekat semua...
gua jauh ni...dekat planet marikh....
intenet pun lembap nak mampus dekat sini...
tu yang gua jd mls nak update...

soya said...

jwpn tok soalan no. 1, 2, 5, 6:
Sukati..

jwpn soalan no.7:
klu warna merah smpi bagi silau mata mmg over.

jwpn soalan no.9:
klu g tau sorg je xbest.. komplen kt blog, suma leh bc..

jwpn soalan no.16:
ko tanya la org tu.. cthnya, "akak, akak ni blogger ker?"..



hahahaha..
almaklumlah demam exam kan..
jawpn kena ala2 gtu..

Aizuddin Jaafar said...

bro baik lu jgn shave la. kang ramai peminat susah tau. macam aku ni ha, pegi mana2 ada je peminat. susah!

redSeptember said...

sila pakai baju melayu sebab aku rasa orang lelaki yang pakai baju melayu sepasang adalah sangat hensem, serious.

aku pun ada juga exam jap lagi. at least kamu masih leh pk pasal benda lain. aku takleh nak pk dah neh!!

macha_sezs said...

darkk,
membina sikit komen tu darkk.
membina sikit!

jo,
ah.baru semalam gua tengok lu online pukul 4 pagi. marikh celah mana weh!

macha_sezs said...

ju3 abdullah,
satu page satu jawapan ye dik!

saya takde kaler merah. biru boleh?

aizuddin,
hahaha,
bold statement kau tu budak!

hahaha~

macha_sezs said...

redseptember,
sepasang?
alamak...

ada cara lain tak untuk nampak hensem?

alhena said...

agak2 la kan?kalo shave tu rupa berubah jadi budak umo 15 thn tak? kalo tak, better shave la. tp org kata, ORG KATA..tk shave nampak macho sket kot? kakakkakak

k.e.r.i. said...

16. Macam mana kita nak tau orang tu blogger atau tak?

pastikan mereka membawa sepanduk tertulis url blog dieorang.

|yanA Azizi| said...

malas nak komen.

(tp aku tetap komen kan..aish)

pari pari syurga said...

muahahahaahaha.. ntah. akak taktau nak komen ape. yg akak tau skrg, akak nak lempang ko laju2. hahahaha..

tasekM said...

mana ada aku gelak tak hingat dunia... aku sopan hape. hr tu je terkantoi dgn dak anim tergelak kuta. ha ha.

:P


.

tasekM said...

*kuat

macha_sezs said...

alhena,
tapi masalahnya..aku rasa kalau aku tak shave, macam orang 40-an.

uhuhh.

yana,
nasib kau ada .........
*melt*

macha_sezs said...

pari pari,
ahahahaha~

ko tu bukan ke tak leh kua dari bilik 44 malam kak?

ahahahaha~~


tasikmerah,
ahah! ye la tu kak. hahahaha~

jangan risau..saya sporting!

hahaha~

tasikmerah lagi,
kutaaaaaaa~~~hehehe~

Anonymous said...

tak dpt aku makan nasi minyak!

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..