Tuesday, May 10, 2011

Wall of Text



Macam macam. Aku tak sangka hidup aku akan tunggang langgang macam ni. Macam macam benda jadi dan macam macam orang aku jumpa. Pada aku this is the period of time yang aku rasa aku belajar dengan paling rapid sekali. Tumbesaran tulang paling cepat pada kanak-kanak, tapi tumbesaran mental pada aku adalah pada masa kau orang mula mula kerja. Believe me kids! Bercerita benda yang dah berlaku pada aku adalah amat tak menarik untuk korang dengar. Silap2 fawaz aku datang kutuk aku dengan meriahnya ( which actually i miss it). Terlalu bnayak benda yang aku rindukan. Aku rindukan masa bersenang lenang. Masa aku boleh setelkan masalah aku satu demi satu. Aku yang sekarang hammpir kepada tak mampu. Setiap masa kerja kerja kerja. Menjadikan aku sangat jeles dengan orang yang kerja gomen. Maaf cakap. Orang gomen pastinya akan marah dengan statement aku ni. Aku tau. Tapi pecaya lah. Setakat ni telahan aku terhadap kerja tak pernah salah. Dulu aku dapat kerja yang teruk. Kerja gasar orang kabor. Dan aku pindah ke kerja yang lebih mesra alam. Keputusan yang aku buat, pada aku betul. Ok ok. Separa betul. Much more better pay. Much much more. Ok shadap.

Aku kena tengok macam mana nak kembangkan, majukan lagi hidup aku. Sampai bila nak kerja siang malam macam ni? Tak de ke kerja yang aku boleh balik sharp pukul 5, tapi gaji macam sekarang? Ada? Aku punya kawan nama Harlina. Sangat berjaya. Masa dia mula mula kerja dulu, aku selalu tengok kat fesbuk dia yang dia selalu merungut. Now i understand why. For the record Hark, i am sorry for teasing u at that time. Money wasnt always the main thing.

Aku jumpa banyak blog budak2 baru sekarang. Tapi entah kenapa aku rasa macam tak true langsung cara diorang tulis. Aku pun tak bagus mana. Tapi aku rasa bosan dengan tulisan budak budak. Macam mana nak buat duit dengan blog? Mudah. Ko update tetiap hari. Ko tengok kakdi pun cukup la. Selain dari carutan dia yang konsisten, update pun kosisten. Fans tak lari, hater pun tak lari. And shes been doing that for how long? Go check her archive fella.

Menulis makin lama makin susah. Entah kenapa. Semua dalam kepala tapi nak dititipkan ke jari cukup payah. This disability cukup menyedihkan aku. Tapi aku memang banyak benda nak cerita tapi aku tak boleh cerita atau cant make up the word atau memang aku tak boleh cerita. Menaip panjang panang merupakan satu perkara yang makin berat. Blog aku tak pernak ilmiah. Tapi untuk aku terus mengisikan perkara yang makin tak ilmiah adalah berat. Mengisi benda yang ilmiah seraya membuatkan orqang makin berfikir lagi la payah. Entah kenapa. Cerita yang aku nak sampaikan tak pernah sampai. Atau aku rasa tak cukup kuat untuk aku sampaikan.

Jadi kenapa aku menaip jugak hari ini?

Isi tak ada. Tajuk merepek. Typo bersepah. Grammar berterabur. Storyline takde.

Jadi kenapa aku menaip hari ini?




Sebab AKAB komen status aku.


Manusia menulis dan berubah. Dan manusia juga berubah dan menulis.

5 comments:

FarhanaLicious said...

ko buat aku risau nak mula keje.

macha_sezs said...

jangan risau. u'll live.eventually.


hahaha. jangan risau lah. aku sorang je macam ni. dulu belajar malas.

Anonymous said...

xkisah la ko nak bt update mcm mana pun. xberilmu ker, kosong ker.. sekurang2nya ko update sbb aku suka baca apa yg ko updatekan..

hahahaha..
setelah sekian lama kan.. puas hati aku baca apa yg ko taip..

areleaf said...

gua rindu lu..sobs sobs..

helomynameisjaye said...

eh dah keja jadi engineer ke?ingak kerja biasa2 je.hihihi

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..