Monday, May 3, 2010

Estima Fetish

Seingat aku, dah lama aku tak menangis depan Cik Leha. Masa raya time salam salam tu pun aku tak nangis depan dia. Bukan senang wo. Time salam salam tu dia punya spirit nak menangis kemain tinggi lagi. Dia punya genang air mata tu, kalau orang tepuk kepala dari belakang, sure tepercik air mata punya. Tapi tu lah. Aku dah berapa kali raya tak menangis depan Cik Leha. Sirius bukan senang. Lagi lagi bila sedar betapa banyak punya dosa aku buat. Gila durhaka.

Aku ingat lagi masa aku kecik kecik dulu. Masa tu Cik Leha punya stamina nak marah marah tinggi lagi. Dia tengah marah adik aku masa tu. Dan aku selaku abang yang soleh telah menambah minyak dengan berkata,

"Sumpah je jadi batu budak tu mak.."

Tapi Cik Leha ni berhati mulia..dan cerdas fikirannya. Tak mudah terpengaruh dengan anasir anasir luar. Tak mudah tergugat keimanan dengan kata kata nista. Dengan tenang beliau membalas,

"Hish kamu, tak baik tau...."

See?? Mulia kan beliau??

".....baik jadi Estima.Puas sikit hati."





Pelan pelan aku menyusup masuk bilik hafal sifir tujuh.

.

13 comments:

h a n i e said...

*membayangkan macha jadi alphard*


o.0

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

jadi BMW pun mantap....

hahhahah

macha VS machi said...

macha,

knp tak suh mama leha sumpah adik hg jadik beskal. kita leh tunggang beliau keliling kampung aku.. sambil nyanyi lagu "beskal tua" dgn pitching yg sgt hancuss..

makcikorange. said...

haha, kalau mak aku pulak, mesti cakap macam ni; "kang lempang, senget sebelah muka kau nanti".
hahaha,klakar la mak aku ni. tapi dia cool je.

weh, ni yang aku rindu nak balik rumah ni ;)

sepet said...

macha..suh cik leha sumpah jd kapal terbang pn ok gak..senang nk pusing2 makan angin..

:P

tasekM said...

cepat. menangeh cepat depan aku.




aku kan cik leha~

he he.


.

Masy said...

aku terpikir ape agaknye mak ko nak sumpah ko pastu. estima dah ade, bole la sumpah jadi umah banglo plak haha

macha_sezs said...

hanie,
kacak bukan?



yanie,
cik leha tak minat bmw..dia minat estima je. haha



macha vs machi
gila sedap nama kau. haha


makcikorange,
ko tu dah tahap makcik pun nak rindu balik rumah lagi ke?

:P

jangan nangis ye..


sepet,
mana boleh, kang nak kena buat tempat landing dengan tempat simpan. Payah.

bijak cik leha ni. benda2 macam ni dia dah fikir siap2.haha



akak tasek,
hahahahahahahaha.komen ko memang tak boleh blah la kak.

aku tak nampak langsung cemane dia leh kata akak mak saya.


masy,
tu yang aku slow2 melarikan diri tu. ahaha~

.

rosemyn said...

cik leha rock seyyy!! caya ahhh!!

-•»Á®ÐZMÀ®Ñ«•- said...

sumpah jadi karan jer..

nanti boleh buang karan..

k.e.r.i. said...

susah plak nak isi minyak kang.
hahaha

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

macha...

ari ni tak dak n3 baru ka?

green apple said...

suka-suka kau je nak sumpah adik kau kan??

batu okkk.
gila kejam.

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..