Friday, April 30, 2010

Reviu: Iron Man 2!!!

Sebelum korang baca entry ini, korang perlu tahu yang aku gila benda benda yang berteknologi tinggi. Iron Suit misalnya.

Eh kejap.Kenapa aku tak buat reviu untuk Iron Man 1??

Baiklah. Itu hal lain. Hal sekarang, Iron Man 2, Yo!!

Tony Stark masih Tony Stark. Walaupun muka berkedut lebih sikit, tapi masih cool. Yang lain dalam Iron Man 2 adalah rakan beliau, Lt. Col. James 'Rhodey' Rhodes. Ya. Yang negro tu. Macam mana boleh tukar, jangan tanya aku.

Tapi aku rasa, bagus jugak tukar. Rhodey yang lama muka babyface. Kali ni watak Rhodey kena sirius sikit. Silap. Banyak. Sirius banyak.

Dimulakan dengan pengenalan watak jahat yang baru, Ivan Vanko a.k.a Whiplash. Dikembangkan dengan Tony yang hampir mati dan konflik kerana hampir matinya beliau. Pengenalan S.H.E.I.L.D yang kini lebih seperti "babysitter" Iron Man. Iron Suit ke-2 di ambil. Bala tentera Iron Man Jahat. New core. New weapon. Dan Scarlett Johansson.Scarlett Johansson.Scarlett Johansson.

*darah menitik dari hidung*
Kenapa ulang aku 3kali???
*lap*

Maaf.

Ok sambung. Takkan la aku nak cerita detail kan? Tapi macam tu la cerita dia lebih kurang. Orang yang tak kagum dengan teknologi sila tak payah tengok cerita ini. Ataupun yang tampal poster Jehan kat dinding bilik tidur.

Aku masuk panggung dengan keadaan hati panas dan akan aku ceritakan lain kali tak tahu apa2 pun pasal sejarah Iron Man. Aku tak pernah baca komik dia. Masa kecik kecik pernah tengok kartun dia kat tv2, kot. Itu sahaja. Maka aku tak tahu dia follow komik ke tak. Tapi bagi aku yang suka2 pergi tengok ni. It Is Awesome.

Ini satu-satunya cerita yang aku rasa berbaloi untuk ditulis reviu selepas Avatar. Avatar sangat bagus dari segi CGI dan jalan cerita. Maka ini menenggelamkan movie2 lain yang berunsur sama.Pada aku lah. Pada engkau orang mana pulak aku nak tahu kan.

Apa yang tak best dalam movie ni. Aku nampak satu kelemahan pada satu babak. Masa 2nd suit nak land kat hangar Air Force. Tu je. Kalau korang nampak, baguslah.

Orang jahat dia aku kagum. Selain Joker dalam Batman: Dark Knight, skrip untuk Whiplash bagus. Tak mengecewakan. Dia ada ideologi sendiri dan muka dia betul betul crook.


If you could make God bleed, people will cease to believe in Him. There will be blood in the water, and the sharks will come.


Daripada 10, aku bagi 8. Sila tonton.

.

14 comments:

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

iron seterika kat umah pun berteknologi tinggi gak kan...???

muehehheheh

macha_sezs said...

yanie,
dulu selalutengok kat SmartShop Tv3 tu promote iron seterika dia.

Boleh iron tanpa mengelak dari butang baju!

.

✿ y.a.n.i.e budak G.E.B.U ✿ said...

kan...sangat mabeles iron itu...
akak kagum dik...
ko ada 1 kat umah ker?
bak mai pinjam sebulan leh?

hehehheheh

h a n i e said...

macha..macha..macha..
air kopi keluar ikut idung

hahahahaa!!

demm..x tgk lagi citer ni. ahad ni jgk nk g panggung..

macha_sezs said...

yanie,
cik leha guna seterika yang guna arang tu je kak.....


hanie,
i lucutkan u dari jawatan awek cute i!!


.

h a n i e said...

ye la..ye la..
sjk u ditimpa pintu ni..u dh lupekan i..
mencik!

*berpaling 75° lantas berlalu pergi*

10tonmind said...

nak kena tengok nih...aaa...citer freddy kruger kua ari ni kan...

kauLupaAku said...

dh lama tak pi panggung..
asek layan dvd cite korea & japang je..
huhu...
tu lah, sapa suh pi panggung tak ajak. sob3x..

helomynameisjaye said...

udah2 la dengan idung bedarah tu.hahahahaha.

sekali lagi diucapkan yg natalia romanoff tak signifikan dalam mubi ni.*larikkkkkkkk*

but serisli, Tony Stark is in Robert Downey Jr.i dont think anyone else can pull that character as charmingly as him.*gushing*

helomynameisjaye said...

lagi satu Ivan Vanko probably the best villain for this year.saya vote kt MTV movie awards nanti!

racYnc said...

weekend ni aku p tgk citer ni..tp yela..aku lg xcited nk tgk whiplash..

macha wat review ip man2!!!

kecik yang lagi hot dari Scarlet dan tak tampal poster Jehan dalam bilik!!!! said...

demyu MACHA. aku tak tampal poster JEhan dalam bilik laaa.
deeeem yu!!!

Scarlet's a bitch!!
blah!

macha_sezs said...

hanie,
tapi u..macamana dengan masa depan kita? segalanya telah tersusun. Jangan hancurkan semuanya!

*gila babi drama swasta*


10tommind,
alamak.gua lupa plak cerita tu. yang pasal tak boleh tido tu kan?



kaulupaaku,
aku ada sorang kawan yang macam ni. Aku rasa mau semua drama korea dengan jepun dia dah tengok.

kagum.



jay,
haha.aku tulis entry dulu sebelum komen kat wall ko pasal hidung berdarah tu.

second u on that. kalau encik robert tak de, cerita ni tak kick.

baidewei. kawan kawan aku ramai komplen kata tak best sebab part lawan sikit sangat.

tak faham jalan cerita betul budak2 ni.


jay lagi,
eh.kita boleh vote jugak ke???



racync,
ha.dah tengok blom?


kecik bla bla bla,
hai budak, emo nampak?

ekekee~



.

Mohd Lokman Bin Ramli said...

http://lokmanramli.blogspot.com/2012/09/minggu-haluan-siswa-mhs-utem-program.html

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..