Wednesday, April 28, 2010

Sekali sekala buat entry keji tapi berhemah apa salahnya.Tambah tambah dengan keadaan aku sekarang.

Ok semua. Engkau orang tengah sakit perut memulas?. Dan mahu terkucil dari malam tadi tapi takut mahu pergi tandas seorang-seorang. Siapa suruh minum air setangki sebelum masuk tidur. Apa engkau fikir engkau tidur atas katil macam maraton Johor sampai Kedah. Janganlah.

Ini tutorial ringkas buat engkau orang. Terutama engkau yang duduk dekat dengan aku. Atau guna tandas aku-kau-dia kongsi bersama. Pasal aku perasan. Ramai yang sangat bodoh bila guna tandas. Ya. Sangat.

1. Ok. Semua dah sedia. Dah sakit perut? Dah nak terkucil? Rilek. Jangan gopoh sangat. Hal begini besar kita kena bijak merancang. Kalau buat cincai-cincai sahaja boleh buat perang negara kawan.

2. Sedialah apa yang patut. Macam mak bapak engkau orang ajar lah dulu. Kalau yang mahu pakai tuala siap-siap lekas. Orang lain ni tunggu kau. Bawalah kendi, salur getah berdiameter pili paip dan sepasang sabun. Sabun kiri dan sabun kanan. Kira kalau sabun kiri jatuh lubang ada sabun kanan buat penganti diri. Kenapa boleh jatuh lubang? Jangan tanya lah.

3. Pakai selipar kemas-kemas. Cari selipar yang tidak suka akan gelongsoran. Aku tak mahu lihat ada yang mati tergelincir kepala dalam lubang tandas. Susah mahu flush tahu?

4. Jalan dengan cermat dengan kepantasan yang diterima akal. Jangan lupa engkau orang tidak boleh tunggu lama-lama.

5. Masuk lah tandas dengan kaki kiri. Baca doa apa yang patut. Baru masuk. Jangan main terajang pintu tandas dengan buat aksi filem barat. Kalau nak kena terajang kembali dari pengguna tandas berhampiran sila lah.

6. Ok. Sekarang engkau orang berada dalam tandas. Ini bererti engkau ada dua atau lebih seleksi disitu untuk dipilih. Untuk orang yang pertama kali mejejak masuk tandas. Jangan terkejut dan menunjukkan semangat jakun yang tinggi apabila ini berlaku. Dengar. Terdapat dua jenis tandas. Pertama, tandas tradisional. Tandas yang memerlukan bakat mencangkung yang tinggi. Percayalah. Bukan semua boleh mencangkung tanpa kepala tersembam pada najis. Kedua tandas moden. Tandas untuk engkau yang bodoh mencangkung. Atau engkau yang malas diraja. Mahu duduk-duduk sambil membaca suratkhabar/majalah. Mungkin minat engkau membaca tahap pengawas perpustakaan. Silakan.

7. Sudah jelas dengan ciri fizikal untuk tandas?. Weh engkau situ. Jangan masuk dulu. Nak kena penampar. Belum aku habis lagi cerita. Engkau kena kenal sifat semulajadi bagi tandas pula. Tandas ini bukan tempat makan-makan. Lagilah bukan tempat sesi lawatan bersama keluarga. Pasal tandas ini sangat rapat dengan sifat kotor. Sebab itu orang panggil tandas ini ibarat kedai mamak untuk syaitan-iblis. Tempat lepak biasa dengan kawan-kawan dia. Jadi jangan mengada-ngada ajak kekasih pergi janji temu dekat tandas. Konon romantis. Saya sayang awak walau ada najis dekat celah kuku. Geli lahanat.

8. Kemudian perhati setiap pintu masuk tandas. Semua cukup sifat? Ada pili air sudah memadai.
Mungkin engkau orang terpaksa menghadapi suasana paling keji. Buka pintu pertama ada najis keras warna gelap cokelat. Buka pintu kedua pula cecair kuning mengalir bagaikan Sungai Nil. Tambahan pula bau kedua-duanya sangat membunuh minat membuang air. Pintu ketiga pula tandas moden; jamban duduk. Engkau sudahlah tidak selesa dengan tandas pesen begitu. Takut jatuh pula bila mencangkung atas jamban duduk itu. Untuk elak risiko, engkau hanya diberi peluang untuk memilih satu dari dua pintu tandas yang awal.

9. Pergi dahulu tandas pertama. Tekas flush dari tandas itu. Jika ada air mengalir engkau nasib sangat baik. Tetapi bila air mengalir dan najis itu tidak mahu berganjak dari jasad awal. Engkau memang malang. Ramai orang bunuh diri kerana situasi ini. Jangan bimbang. Tutorial ini tidak memerlukan upacara membunuh diri secara beramai-ramai. Engkau orang cuma memerlukan semangat yang tinggi untuk masuk pintu yang kedua. Tekan flush juga. Biar air mengalir deras dengan membawa segala cecair kuning disitu. Kemudian pasang salur getah berdiameter pili paip atau sekurang-kurangnya kendi. Jirus air dalam nisbah yang perlu di sekitar kawasan mangkuk tandas. Ini disebabkan terdapat makhluk lahanat yang kencing berdiri sambil berpesta. Membuat kencing beralun atau kencing berputar 360 darjah mengikut lawan jam itu sikap lahanat yang patut dikikis. Sudah selesai ritual untuk bunuh bau celaka. Engkau orang dipersila untuk melakukan sesi buang undi. Jangan segan silu untuk menyanyi setelah sampai ke tahap ini.

10. Selesai?. Ok. Jangan cakap selesai kalau belum bersabun. Cuci bersih-bersih dahulu. Geli tahu jika aku nampak engkau keluar nanti salam siapa-siapa. Dah?. Tekan flush tandas sebagai tanda setuju. Jangan amalkan sikap membalas dendam untuk pengguna kedua selepas ini dengan meninggalkan saki baki najis terpelihara. Aku nampak ada najis lagi aku sepak tempat keluar itu. Ok. Sila pulang semula dengan hati yang gembira. Engkau orang sudah bijak menggunakan tandas. Sila amalkan setiap kali menggunakannya.

Ringkas bukan?. Aku bagi sini ada 10 langkah untuk menjadi pengguna tandas yang bijak. Dan jika engkau ada terjumpa pengguna tandas yang lahanat. Jangan pula bunuh mereka-mereka ini dengan merejam menggunakan najis keras. Silalah jangan segan silu menegur dengan berhemah. Seperti aku.

Oh.Entry ni bukan aku yang tulis. Aku copy paste dari facebook.Sila claim copyright dari saya kalau anda yang menulis. Terima kasih.

15 comments:

hanie said...

aku rasa nak rejam macha dalam mangkuk jamban..pastu flush laju²..

tapi..

tak jadi lah..kang ilang pulak sorang pakwe sweet kat malaysia ni..

hahaha...

jo said...

boleh tahan geli jugak cerita dia ni.
putus selera pagi gua.

Masy said...

Aku tak mahu lihat ada yang mati tergelincir kepala dalam lubang tandas. Susah mahu flush tahu? <-- kepala ape yg susah sgt nk flush ni? hahahaahhahahha

..nOj.. said...

beria baca. ingatkan dia yg mengarang. selama ni x penah tgk yg panjang2 pun. hampir terpedaya. cesss

tasekM said...

ko kalo tak sihat esok tinggei....~

:P


.

Unknown said...

kaxx; ni bukan dari blog kau ke? wahaha. tuntut ganti rugi weh, nanti boleh blanja aku makan =p

helomynameisjaye said...

padanla takde lansung mencerminkan keperibadian penulisan si penulis.oh btw, EWWWw..wwww

macha_sezs said...

hanie,
tau la dah jumpa pakwe sweet lainnnn..sampai hati nak flush2 i sekarang ehh...


jo,
hahaha.aku tujuan mulia ni..nak bagi ko slim..haha~



kaxx,
eh? kau punya ke? tak jadi la aku nak bagi credit.

aku rembat kat fesbuk baidewei.



masy,
haa..yang ini kita kena kaji..hahaha~




noj,
hahaha.dah lama tak tulis panjang2 ni kak..nak updet blig pun dah kemain liat..



tasekM,
alaaaa..sampai hati akak....



makcikorange,
takde mana nya aku nak bagi dia.hahaha~


.

macha_sezs said...

jay,
hahaha.aku mana reti tulis entry keji2 ceni..
ekeke.

tika said...

i like this one. tak kesahla copy paste ke hape ke... classic way tuk ajar org jadi pengguna yang bijak

jatuh cinta said...

sapa yg tulis ni? haha.. aku suka daa cara dia tulis.. tersuka smpai jatuh cinta.. haha..

macha_sezs said...

tika,
turn out the original writer were such an ass. haha


jatuh cinta,
sila pergi ke etok etok ye. dia penulis sebenar.

:)


.

kaxx said...

Celaka kutuk aku. Terima kasih tak ada.
Keh keh.

said...

macha...akak tak sempat dah nak baca n3 ko panjang2 nih....dah nak terkucil sangat

hahhahhahhaha

macha_sezs said...

kaxx,
aku tunggu ko kat mahkamah syariah tadi. mana kau??

yanie,
hahaha.takpe.takpe.saya paham.

btw, welkam bek kak!

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..