Friday, February 19, 2010

Reviu : My Name Is Khan

Udah udah ler kutuk orang Macha oi~

Baik lah. Entry hari ini adalah reviu movie.

Aku tak ingat bila kali terakhir aku tengok cerita Hindustan. Siyes, walaupun muka aku macam ni, tapi aku tak layan Hindustan. Tak minat langsung. Tak mencabar minda langsung. Balik balik macam tuuuuuuu lah plot dia. Aku tengok 5minit aku dah tau jalan cerita lepas tu macam mana.

Tapi disebabkan gesaan minah ni. Aku tengok la jugak cerita ni. Beria nau dia promote ke aku cerita ni.

"baru tengok sekejap aku dah nangis Cha...."
Alahmakkk..ni yang aku malas ni.

Tapi disebabkan aku cair dengan kata kata beliau, aku download la jugak...

Cerita ni pasal seorang muslim yang ada Sindrom Asperger. Beliau kemudian berhijrah ke Amerika sebelum 9/11. Berkahwin dengan seorang janda Hindu anak satu. Anak tiri beliau kemudian mati akibat di belasah kerana mempunyai nama Khan selepas berlakunya 9/11. Bini beliau amat marah lantas menyalahkan beliau dan dalam keadaan emosi yang amat sangat, telah menyuruh beliau pergi berjumpa dengan presiden Amerika untuk menyatakan yang beliau adalah seorang Khan, dan bukan seorang pengganas.

Satu satunya perkara yang lari dari norma filem kehindustanan adalah cerita ni takde scene nyanyi nyanyi langsung! Kejap. Ke aku skip part nyanyi nyanyi? Aku rasa takde pulak.

Yang lain, semua sama.

Cerita mesti mahu 3jam.

Tiba tiba je seluruh Amerika tu ramai gila orang Hindustan. Pemilik kedai, orang awam, pemilik motel, psikologist, pekerja salun...

Tiba tiba je semua orang faham bahasa Hindi. Yang ni aku paling kagum, masa Rizvan Khan berucap dalam Church (ke Chapel?) dalam bahasa Hindi, semua Negro kat situ paham. Siap nangis bagai. Last sekali siap nyanyikan lagu untuk dia.

Oh. Baru aku teringat ada lagu. Tu pun bukan menari bagai. Lite2 je menyanyi.

Cerita ni ada unsur unsur macam filem Ayat Ayat Cinta sikit. Sesiapa yang tak boleh nak kompromi cara hidup Islam di sana sila jangan tengok cerita ini.

Kredit dalam cerita ni aku bagi sepenuhnya kepada Shah Rukh Khan. Dia berjaya bawa watak dengan baik sekali. Sirius. Nanti aku nak tanya doktor peribadi aku la. Asperger's Syndrom memang macam tu ke ar doc?

Kajol makin gemok. Ok ok. Tak la gemok...berisi la..

Dan cerita ini, bagi aku, adalah kisah klasik bagaimana seorang perempuan menyusahkan hidup lelaki.


Sekian.

Oh. Scene menangis? Aku tak jumpa langsung.




They said, in world history there were BC and AD, but now there's 9/11
-Rizvan Khan

29 comments:

Ridzwan Hafidz said...

jadi secara total berapa bintang kau boleh bagi? hehe, cerita hindustan aku macam kurang layan sikit. hehe

macha_sezs said...

Ridzwan,
lupa plak nak tulis, aku bagi....er....4/10 je lah.

10tonmind said...

org putih paham cakap hindi?ko bia betol cha...

tkah. said...

bes eh.
hoh

hanie said...

tapi kamu kabo..kamu nangis smp abes 1 kotak tisu...

haaaaa....

gadissebelahpintu said...

ahh lu..tipu! lu tak tersentuh ke part die ngan mak die? lu tak teringat cik leha? kari ketam cik leha lu tak teringt? lu tak ingt cmne cik leha nasihat lu blaja leklok kt melaka tu?

ok..cut the crap..gua sengaja over..saiko sikit..hehe..

macha..macha.. hati kau keras~!

jo said...

kat jb takde panggung pun yang main cerita ni. nak donlod gua malas. kesimpulannya gua memang malas nak tengok.

macha_sezs said...

10ton,
haha..tak pecaya tengok sendiri cite ni.




tkah,
boleh laaa~
hoh.





hanie,
pande la akak mendaah ye~!






GSP,
haha..maaf lah..sikit pun tak teringat.

starting2 tu aku tunggu juga scene mana yang ko kabo nak menangis tu..aku dah standby dah nak nangis, tapi tak jumpa.

hahaha~







jo,
alah.tahun depan punya deepavali mesti keluar punya cerita ni.

tengok kat tv3 dah le..


.

helomynameisjaye said...

Datuk SRK..lama aku tak tengok mubi dia.

10tonmind said...

xp2 nnti aku try donlod citer nih kihkihkih

kat tv3 tu ari sabtu kol 2 ke cha?

Nani Aziz said...

tu yg tak logik tengok cita hindustan tu. tiba-tiba orang putih bukan takat faham je, cakap hindi pun boleh. haha. tapi tak dapat aku bayangkan kalau kau betul2 nangis time tgk hindustan. lol

ezzati said...

mcm best je jln citer ni..

shakinah said...

walaupun muka aku macam ni, tapi aku tak layan Hindustan.

ape maksud kau dengan ayat ni cha?
hhhehhee

tasekM said...

aku baca review ko mcm best. tapi ko bagi 4/10 je. kensel la aku nk pi tgk~

:)


.

crazy_labelle said...

Tiba tiba je semua orang faham bahasa Hindi. Yang ni aku paling kagum, masa Rizvan Khan berucap dalam Church (ke Chapel?) dalam bahasa Hindi, semua Negro kat situ paham. Siap nangis bagai. Last sekali siap nyanyikan lagu untuk dia.

haha... tp bagus la kan... sbb diorg memartabatkan bahasa hindi... xmcm kite... kalo tgk drama etc kat dlm negara pon nak speaking bagai... konon2 org gol profesional la... tp ak pon kdang2 speaking... hohoho...

k.e.r.i. said...

gua dah lama tunggu citer ni.
takde nyanyi-nyanyi? deym

siggplus said...

cerita pattern2 lu, memang la lu semangat tengok

tak payah tunggu bedah promosi pun tak apa. haha

macha_sezs said...

jay,
bagus jugak lakonan dia kali ni. lakonan dia je la...yang lain biasa2 je..





10ton,
a ah. Ponggong Satu.

haha~





Nani,
takyah bayangkan..memang tak boleh jadi pun. haha~





shax,
laaa....kan aku ada iras2 hitrik roshan....hahahahah~!!





akak tasek,
aku bukan ape kak..kalo akak minat hindustan, akak tengok le...saya rasa ok je cite ni.. saya bagi 4/10 sebab saya memang tak minat..

macha_sezs said...

crazy,
alah.kau pun kadang2 perasan kau Gaga kan??

hahaha~





keri,
yup.takde.

maaflah kalau kecewa. haha~



siggy,
kau baca ke tak apa aku tulis ha?

"walaupun muka aku macam ni, tapi aku tak layan Hindustan."

tengok blue banyak sangat kan dah rabun. haish.



.

HazirahMahadzir said...

aku tengok movie hisdustan kalau Shah Rukh Khan berlakon.
yang ni mungkin aku akan tengok,tu pun kalau ada tayang kat tv.
kuasa pulak aku nak download/tengok movie.
haha

crazy_labelle said...

apehal ak rse tertarik utk mngemukakan hujah utk menyokong pndapat si sig...
aciter ni bukan xbest, tp xckup aura n drama mcm tamil...
sape bole pandangan memukau mcm idola macha iaitu si rajnikanth...
tu blom part hiperbola mcm nak anta anak msuk penjara bole nangis + nyanyi2 (polis pon nyanyi tu)
tu blom sc fiction die lg... mcm mak lempang anak yg dah tamat denyutan nadi die, tp tetibe hidup... pergh, hollywood pon kalah...
~~~~~
sorry merapu, ak tensyen siapkan esemen yg berjuta lemon... sigh~~~

bdk dpn pc said...

ahhhh!!!..perasaan plk ghupe ko iras2 hitrik roshan...

hahaaa..

macha_sezs said...

crazy,
ape ko merepek ni Gaga~
hahaha~~



bdk dpn pc,
hahaha.ko penah tengok ke pun muka aku?

hahah~~


.

bdk dpn pc said...

bkn ghupe ko yg tgh isap puting kaler biru tu ke cha???
mmg compom2 la jauh sgt dr hitrik roshan kn...

hahahaaa...

10tonmind said...

chait..ada ka bgi ponggong kt aku...

ponggong ko ke cha hikhikhik

ngeh ngeh ngeh said...

hi..bdk dpn pc =)

Khairiah Jelani said...

gara2 bc komen2 suma nih..maka nk tgk gak lah MYisKHAN..

Lifesaver said...

aku baru nak plan tgk...mana tau leh jadi box office macam kuch2 hota hai

文章 said...

餐飲設備 製冰機 洗碗機 咖啡機 冷凍冷藏冰箱 蒸烤箱 關島婚禮 巴里島機票 彈簧床 床墊 獨立筒床墊 乳膠床墊 床墊工廠 產後護理之家 月子中心 坐月子中心 坐月子 月子餐 銀行貸款 信用貸款 個人信貸 房屋貸款 房屋轉增貸 房貸二胎 房屋二胎 銀行二胎 土地貸款 農地貸款 情趣用品 情趣用品 腳臭 長灘島 長灘島旅遊 ssd固態硬碟 外接式硬碟 記憶體 SD記憶卡 隨身碟 SD記憶卡

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..