Antara keistimewaan baru YM! 10 adalah anda boleh tahu status rakan rakan anda tanpa melihat kotak YM! itu sendiri. Dia akan keluar notification macam masa korang dapat email baru atau pun macam masa kawan kawan korang main offline online offline online offline online offline online offline online offline online juta juta kali tu.
Macam tu la notification baru ni keluar kalau kawan kawan korang tukar status.
Maka, nak jadi cerita, masa aku melalut cari lagu yang entah mana aku sorok dalam external aku itu hari, notification ni keluar.
Dari kawan aku. Lelaki. Dia buat status simple tapi penuh kontroversi.
"Tak lapar, tapi tingtong"
Aku punya la fikir ape kejadah yang tingtong. Nak tanya malu pula. Bukan pernah bertegur sapa pun.Tapi, tak sampai 10saat, awek beliau, yang juga kawan YM! aku, tukar status,
"Tingtong too"
Haish. Aku dah mula fikir lain. Apekemende yang boleh bersama sama ni? Tingtong ni boleh berjangkit pulak ke?
Kerja aku tergendala. Lagu tak jumpa. Bila fikir fikir, aku rasa nak mandi pula. Aku ni lain macam sikit, kalau guna otak lebih sikit otak jadi panas. RAM rendah agaknya. Aku masuk bilik, tukar seluar jeans aku kepada towel. Adalah dalam 5 minit macam tu.
Tapi aku masih curiuos dengan tingtong. Apakejadahkah menatang alah tingtong itu? Disebabkan terlalu curious, aku membuka kotak YM! itu dan melihat status mereka.
"Dah tak tingtong.Haha. Tapi penat!!"
"Terima kasih! Dah tak tingtong juga."
Wow!Tingtong ini boleh menghilang begitu sahaja. Bagai angin bayu!
Lantak lah. Aku pergi mandi.
Lepas mandi aku check lagi.
"Lapar pula lepas tak tingtong ni"
Tingtong membawa kepada kelaparan. Apakah tingtong rakan rakan??
Bak kata mamat yang "ter"peluk awek sendiri tapi dah mintak maaf tu,
"Lu fikir lah sendiri!!"
Monday, January 25, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesan tapak kaki
About Me
- macha_sezs
- muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..
14 comments:
buat ape sibuk nk tau..bukan masuk dalm exam paper pun..
p baca buku nun!
hahahah :P
td jugak update ym..heheh :)
jangan tingtong time study udah ler dik macha
hahhahaha
baru nk tanye awek tu kene pelok ke tak ciss
lepas tak tingtong bulih lapar..? huish... tak tercapai dek akal aku. hehehe... :P
setau aku tingtong macam sewel sekejap gitu. kot. entahlah. :)
errr... ko tak pernah 'terpeluk' ke cha...? hehehe...
:P
.
aku pon tingtong semalam. sumpah aku tak tau tingtong tu apa
yg aku tau..tingtong tu munyik loceng yg di tekan kt lua pintu umah...
=)
macam-macam aku pikir ni..haiz.
hanie,
ko pun sama kan kak?
g baca buku!
haha~
ezzati,
wahaha.laju je ko bende2 ceni kan.kan.
hahah~
yanie,
kalau tingtong jugak nak wat cemana eh?
masy,
eh.ape kene mengena dengan peluk plak??
TasekM,
taaAAaakkkkKkkKkkkkkkkk~ mana penah terpeluk terpeluk ni kak....saya budak baikkkkk~
hahaha
lifesaver,
tapi ko tingtong semalam? cemana tu?
watever,
yup. dan bunyi kat mydin bila dia nak buat enauncemen.
=p
liliyuli,
e eh. sama la kita.ahaks~!
.
err. otak aku pikir lain
bes la dia men peluk2..
halaaa tak paham arrr
kecik,
otak ko sentiasa fikir lain..haha~
issnc,
mana ko tau die main peluk2?
suya,
erk.rilih??
.
apekah tingtong? eh dh ade ym10 plak ek. ym9 pn xabeh xplore lg ni
Post a Comment