Sunday, January 10, 2010

Masalah Bila Jadi Aku (dalam c minor; sedih)

Macam ni lah. Dulu, masa aku mula mula menulis, setahun yang lepas, Darkk dah pesan dekat aku jangan rapat sangat dengan blogger2 lain. Dia kata,

"Bahaya"

Itu je dia kata. Entah apa punya pesen nak bagi amaran tapi tak hurai panjang sikit. Papan tanda "Bahaya, ada anjing ganas" pun spesifik lagi aku rasa.

Dan sekarang, lepas setahun, baru aku faham.

Mungkin Darkk yang bagi amaran pada aku tu adalah Darkk yang datang dari masa depan. Ya, Darkk setahun akan datang.

Darkk masa depan tahu blog aku akan jadi chic-magnet-blog (mak-budak-magnet-blog juga :) ). Dia juga tahu aku akan gembira dengan perkara ini. Dia tahu aku akan gembira sebab aku akan jumpa kawan2 baru. Mungkin juga fans baru. Yang sanggup khatam blog aku 3-4 kali. Dan aku juga yakin serta pasti, Darkk dari masa depan itu tahu, yang aku, macam selalu, akan sentiasa melayan orang yang baru aku kenal, dengan keramahan yang melampau.

Tapi mungkin Darkk dari masa depan tak tahu, aku jadi sangat peramah sebab aku tahu, orang yang baru aku kenal ni tak semua akan tahan lama dengan aku. Tak semua akan tahan dengan perangai serta pe'el aku. Tak tahan kena sakat dengan aku. Certain2 rare cases, tak tahan dengan kehenseman aku...tapi itu perkara lain. Maka, sebelum orang yang baru aku kenal itu bosan dengan aku, why not we extract all the fun in that particular relationship to the max before the fun runs out? I already know that i will bore u to death bout plus minus one month, and hence, why not i have all the fun when i know that u will not last for long?

Cilaka. Aku dari masa depan pun tak kurang hebatnya. Dah pandai speaking merepek repek.

Dan aku rasa, Darkk dari masa depan juga tak tahu yang aku mudah suka pada orang. Lagi lagi yang gojes. Heh. Aku bukan gay macam Sigg. Aku normal. Lagi lagi jenis yang pandai bagi aku gelak sakit sakit perut. Dah la gojes, funny pula tu. Kata aku dalam hati.

Dan kembali kepada tajuk di atas, masalah bila jadi aku adalah aku tak tahu bila mahu berhenti gelak gelak. Bila mau berhenti menyakat. Bila mahu berhenti cari gaduh.

Tapi, apa yang pasti, Darkk dari masa depan tahu, aku akan menjadi masalah kepada dia bilamana aku menggunakan nama dia secara sesuka hati dalam satu entry yang takde kena mengena dengan dia untuk meminta maaf kepada seorang Gadis.

Maaf.


24 comments:

Darkk said...

Perangai serupa macam tapir!

Sejak bila aku kata bahaya. Aku kata hati-hati dalam pergaulan je.

macha_sezs said...

darkk,

owwwww~aku tau kau sayang aku~

helomynameisjaye said...

mana2 girls/women pon adalah fragile.handle with care puhlizzz..hahahaha

paiseh said...

suka ati je lu main link2...

gua yg xde apa2 pun jadi naik marah ni..
haih!!

H.A.N.I.E said...

yg tang part link mamat nak suruh berhenti gaduh tu...jgn harap la..
itu adelah talent semulajadi tu dia tu..

hahahaha~

suya said...

hensem?mane?mane?

agagagagaga

gadissebelahpintu said...

Awwww~

Time kaseh,aku maafkan.

P/s: aku tau that g0jes n funny part is actly for me. Thx

Hahahah

shakinah said...

oo

fArAh07 said...

saba2

kecik said...

aku tak suka macha yang jiwang dan hati tisu mcm sekarang.
erks

pari pari syurga said...

"Lagi lagi jenis yang pandai bagi aku gelak sakit sakit perut" - ni bukan akak ke? bukan ke? kan selalu kita gelak sma2? gelak sakan? bukan akak ke?


isskk.. isskkk.. iiissskkk..

HazirahMahadzir said...

so suwit of Macha!

:P

deusXmachina® said...

ahahaha
baik lu link blog gua

erk888.blogspot.com

ju3 abdullah said...

entry pling best setakat ni...

bjak..bjak..

siggplus said...

hahaha takut lu

celaka gua bukan gay lah, gua bernaluri wanita saja

tasekM said...

aku punya syak... macha ni gay juge nih...

he he.

:P



.

Ahmad Azrin Aziz said...

apa ni brader?

macha_sezs said...

jay,
baik!! once broken tak consider sold kan?

:P



paiseh,
macam aku tak tau..ada orang mengadu kat aku. heh~

aku cuba nak draw line of peace ni Seh..





hanie,
dah tak tau nak cakap cane dah ni kak!

huh!
:P




suya,
bwek!
ia yang macam bedpit ni ko tanya mana??!!

ekeke~





GSP,
.....

macha_sezs said...

shakinah,
pii..kiuu...arrr..ess...tiii..yuu..vii...debelyu..eks.yai.zek! yay~!!




farah07,
kadang2 hilang sabar juga dengan makhluk pelik ini. heh~






kecik,
demmm~nampak sangat ke?




Pari Pari Syurga,
err...ko...ko....mak buyung kak~ ahaha~

macha_sezs said...

jirah,
saya tahu!!
:P

eh kejap.kau pun pernah dapat entry macam ni dari aku kan?ceh.

macha_sezs said...

deus,
sebab lu gelak? heh.nanti2 la gua fikirkan.






ju3,
ahaks~macehh~




siggplus,
sejam berapa ringgit nyah?
ehehehe~




Ahmad Azrin Aziz,
biasa la bro, nak mengorat ngorat sikit.
hahaha~

chokio_nia said...

hahaha...apsal la ko g gne name die??haish macha...

Nani Aziz said...

kau kawan dengan doraemon ke? mana kau dapat mesin perentas masa untuk jumpa dengan orang-orang dari masa hadapan? haha

Lifesaver said...

aku tak faham..tp aku maafkan ko

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..