Sejak aku kecik lagi, Cik Leha ajar aku kalau nak pegi Semayang Jumaat mesti kene bawak duit untuk derma kat masjid. Tak kira la berapa. Kalau ekonomi Cik Leha cemerlang, mau juga dia bagi aku not kaler merah untuk isi kat dalam tabung kayu bergerak tu.
Untuk pesen yang tak penah pegi masjid, meh aku terangkan cemane ghupe tabung masjid ni. Tabung masjid ni ada dua kategori. Kategori pertama, kategori melekat. Yang ni biasannya bagak beso. Kaler mesti mau hitam. Jarang sangat la orang kariah masjid tu cat bagi kaler pelangi ke hitamputih berbelang ke tompok2 dalmatian ke..memang jarang sangat. Kategori melekat ni, biasanya tak boleh bergerak. Pesen duduk setempat senyap senyap. Port lepak tabung ni biasanya kat tiang. Aku rasa tujuan utama dia lepak kat tiang ni adalah untuk mengurangkan jumlah kutu yang nak bersandar di tiang seterusnya membawak ke tidur masa dengar khutbah jumaat. Setengah setengah kes rare macam kat kampung aku, kariah masjid tu bantai letak peti keselamatan terus. Sebijik yang macam dalam filem omputih tu.
Kategori kedua pulak, kategori bergerak. Ha. Yang ni memang sesuai sangat masa penuh orang dalam masjid. Masa khutbah jumaat dengan semayang raya tabung ni memang bergerak aktif dari saf ke saf. Biasa berbentuk kotak kayu dan beroda. Walaubagaimanapun (perh!) masa aku sekolah dulu, Masjid Batu8 tu guna tapawer je aku tengok. Sampai kat hujung saf kene rembat dengan malaun2 kutu. Binawe punya perangai.
Maka, nak dijadikan cerita, disebabkan aku telah dididik oleh Cik Leha supaya bagi derma setiap Jumaat, maka aku pun terdidiklah.
Hari ni aku bangun lambat.Kelam kabut bersiap, aku cekau je duit dalam wallet aku. Masa aku cekau, aku perasan not tu kaler biru (seringgit)
.
.
.
tapi apasal masa aku nak keluarkan duit tu dari poket baju melayu aku terperasan yang duit tu duit 50??!!
Terus aku simpan balik dan buat buat tidur.
if i cant fall for u, then i just want to ur fb.can i?heh.
Friday, January 8, 2010
Hari Jumaat : Boleh pulak mari idea ini hari. Cis.
diorang punya puak :
cerekarama,
kemerepekan,
mereka disekeliling ku,
sukasuki
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesan tapak kaki
About Me
- macha_sezs
- muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..
15 comments:
ape salahnya derma 50 hinggit
hihihi..bg je la.rejeki lebih masjid tu hari ni.sok2 dia namakan masjid tu nama ko.
derma 50 hengget..kot2 besok bulih 500 hengget punya rezeki..mcm mn?
kan dh rugi tu..
mana tahu bro, kau kasik 50, besok ada pak arab kasik kau 250...pergh
aku dah agak dah
lifesaver,
pas tu aku nak makan ape sebulan ni kak~~
huhuu~~
jay,
Masjid Al-Macha?
takpelah jay,sesusah je. agagaga~
hanie,
kalau akak yg belanja takpe lah.hehehe~
hafiz,
nak harap pak arab MMU tu? jangan harap!
hahaha~
shax,
ah.kanak2 g main jauh2~kang ade orang nak ngorat payah.
:P
lu kedekot ah macha..50rm pun berkira..tau ah mkn spaghetti..keh2.. :D
GSP,
dem dem dem. jeles la tu aku makan spegeti ko tak dapat!
oit...tak ikhlas...hahahah
tak ikhlas.
chaireel,
hahaha. terpaksa bro...tak makan aku kang~
Ries,
makan lagi penting. muahaha~
ahahah terus wat2 tdo ek... mesti org ingat awk letih sgt tu...ade2 je dia ni
nak menderma biar iklas kan...macha?
hahaha...ingat ko pasrah je derma..taleh blah la ko..haha
buat-buat tidur tu yang takleh blah tu. hahaha. kau rasa bersalah tak bila satu hari tak derma kat masjid? yelah, sebab kau dah terdidik cara tu kan? huhuhu
Post a Comment