MySpy mengisahkan dua detektif persendirian yang tak berbakat langsung dalam pekerjaan mereka. Harun S. Bachik dan AC Mizal. Mereka diminta untuk menyiasat Datuk O, yang dikatakan curang oleh isteri beliau. Dan apa yang mereka tak tahu, apa yang mereka sedang siasat melebihi kes sebenar yang disiasat oleh mereka.
Aku nak buat sinopsis panjang sangat pun tak berapa nak sedap. Korang dah boleh tahu pun cerita ni macamana.
Aku pegi tengok cerita ni sebab Afdlin Shauki. Sirius. Kalau yang direct, jangan harap aku nak tengok. Apa gila nak teresak esak sorang sorang dalam panggung.
Cerita ini cerita komedi. Jadi sepatutnya korang gelaklah masa tengah tengok. Tapi pada aku, cerita ni boleh buat aku senyum je. Tak cukup buat aku terbahak bahak macam tengok Papadom. Aku tak tahu lah kenapa. Kurang 'kick' la dia punya lawak. Biasa-Biasa.
Tapi disebabkan aku nak rasa berbaloi tiket yang aku beli tu, aku gelakkan jugak.
Ada juga lawak basi yang cuba diselitkan.
"I look Silly when i speakss in englisshh"
Alahai. Ni tahun berapa punya lawak ni. Mawi buat dalam iklan tu pun aku dah rasa nak sepak beliau.
Tapi Tan Sri (Mamat Khalid) tu cakap Perak memang aku suka. ha ha.
Dan oh, satu lagi benda yang aku suka. Hannah Tan dan Carmen Soo,Carmen Soo,Carmen Soo. Nasib lah takde Amber Chia. uhuh..drool bebeh! Daphne Iking dah tua la. Tak ngam dah nak jadi awek-hot-jahat-hot ni.
Scene dalam peti ais tu pun .....ok la..
Dah lah. Malas.
Disebabkan aku nak gelak pun kena pilih antara nak gelak atau pun nak senyum, daripada 10, aku bagi 5.5. Poin 5 tu aku bagi sebab aku pilih untuk gelak.
Wow, Lawa BCG ! - AJ , MySpy, 2009.
p/s- Aku terjumpa review yang menepati citarasa aku. Sila klik sini. Jangan mengada ngada nak suruh aku translet bagai. Aku punya BI pun sikit lagi nak fail masa SPM dulu.
12 comments:
memang x syak lagi..
agak mengecewakan la filem nih..
bagi aku ni cite total KRU nye..
afdlin cume direct je..
mybe nak bagi laku je pakai afdlin..
cgi x interesting..
lawak pon x bape nk lawak..
btw kabir bathia pon berjaye wat cite lwak..
setem..
da tengok??
alaa baru nk tgk. hmmmmmm
setem besttttt
asal tetiba aku rasa nak tgk setem lepas baca comment2 si atas. huh.
Dataran Pahlawan ada GSC? baru eh?
best ke???Aku jarang tgk filem melayu kat panggung
kan ko dah tgk setem?hihihi
cilaka. macam mana aku buleh lupa Setem masa aku taip malam tadi.
dah.dah. sila jangan paku aku lagi.
cis.
malu ni. Tahu?
tengok dah..
dgn pakwe tak cukup umur..
patut la lu tak cukup duit..tengok wayang pah ceroh..
aku tak tau pon filem ni ada di pawagam.
tgk wayang tak hajak aku!
[komen mencarik maut! ha ha]
dik..
ko nengok wayang tak hint2 kak yanie gebu pun kan....???
majuk...!
sila pujuk dengan bawak bunga 27 jambak pada 15 dec nih
hahhahha
jo,
lu punya pakwe ade set-set ke?
yang ni set belom cukup umur, yang ni set sebaya sebaya, yang ni set laki orang.
muahahaha~
mrblind,
orang takde anak bini macam ni lah edi. lu apa tahu?
heh~
jay,
hehe..ko kan international babe~takpe..aku faham..
TM,
hahaha~ko jangan kak..takut hakuuu.
yanie,
kenapa panggil adik? i bukan scandal u ke?
hahaha~
hahaha~
saja nak promote birthday kan...
mintak2 la lupa.
hahaha~
.
Post a Comment