Saturday, December 5, 2009

Musim Mengawan Secara Halal

Sebelum aku balik hari tu, aku dah mula rasa nak demam, tekak pun dah rasa tak sedap. Mata rasa panas. Macamana mata boleh 'rasa' panas aku tak tau. Jangan tanya. Aku tak amek Biologi dulu.

Dan kebetulan pulak ramai makhluk nak buat kenduri kahwin. Musim sejuk2 ni memang diorang suka sangat la dapat mengawan. Heh.

Tapi aku dengar ada orang tu hampir sasau sebab laki dia jauh. hehe~


Oh. Lari topik pula.

Disebabkan aku demam dan Cik Leha tak masak apa-apa, terpaksalah aku pergi juga kenduri ni. Yang kahwin pun anak dara jiran aku juga. Lawa orangnya. Sebaya aku pula tu. Tapi biasalah, banyak juga sohseh sohseh aku dengar pasal dia ni. Tapi yang pasti, dia lawa. Takde la se-lawa awek "Ya Allah Lawanya", tapi boleh lah. Masa dia mula mula pindah dulu, jadi igauan teruna juga.

Dan disebabkan aku tengah demam, mood nak pegi makan free tak mari. Sangkut dekat hidung macam hingus. Bila aku malas, aku malas nak bercukur. Dan bila aku malas cukur, muka aku berjambang.

Dan bila muka aku berjambang, Cik Leha bising.

Yang ngko ni nak pegi kenduri kawen orang selekeh macam ni apekeheynye? Tak segan dengan Angah (pengantin perempuan) tu?

Lah, apsal pulak nak segan dengan dia? Dia tu dah la nak duduk atas pelamin tu.

aku senyap seketika...

.
.
.
.

tarik nafas dalam dalam..

.
.

dan sambung,



Amir bukan ape mak..kang kalau hensem hensem sangat mau Angah tu turun dari pelamin kejar Amir.









Aku tengok adik2 aku dah buat muka tahan muntah.

Kenapa entah.

11 comments:

eyemeroll said...

Sebelum adik ko muntah..biar aku muntah dulu..hehe

mamarempit said...

huu....kalo dia turun pelamin...tarik tgn ko nek atas plamin ok la gak....kan....

azlin ilman said...

konfiden je kau dia trun pelamin lps tgok muke nsem ko 2.

ahahahaa~

siggplus said...

mungkin adik2 kau tu mengandung?

Kuwe said...

ekeleee..

jo said...

teruk jugak tahap piawaian orang hensem untuk lu kan...?

HazirahMahadzir said...

rasa nak tampar kau,tahu tak?

macha_sezs said...

eyemeroll,
eh. kenapa? loya2 tak? megidam?

hoh!bahaya ni!




mamarempit,
erk. saya tak redi lagi!
hahaha~




azlin,
heh~ keyakinan mau ada babe~
hahaha~






sigg,
puh.mau kene toreh dengan pisau toreh mak aku.






kuwe,
jeles nampak bang?
hahaha~





jo,
hoi.hoi.cari gaduh nampak??






jirah,
owwww~nampak sangat kau jeles..hahaha~

chokio_nia said...

aku trus stop mkn ne..ilang selera..heh

Ries Lee said...

nak komen. tak nak komen.

Lifesaver said...

aku rasa kembang tekak

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..