bermula dengan gathering besar-besaran yang dicanangkan pada awal tahun dahulu, gathering ini akhirnya hanya mengumpulkan beberapa blogger kurang ternama. Walaubagaimanapun (hey, bahasa melayu aku makin bagus kan?) perhimpunan halal pada kali ini menemukan satu nama besar selain aku.
beliau adalah paiseh.
siapa beliau? mari kita lihat serba serbi biodata latar belakang beliau yang beliau penah tulis ketika sekolah menengah-menengah dahulu ketika gadis-gadis bawah umur mahu mengurat beliau.
Nama : Mohd. Paiseh Karim (biasalah, nama mesti mahu kool)
Umur : 18 (mesti kena nampak tua sedikit, sekali lagi, baru nampak cool. Kata beliau lah. Kata aku, beliau memang macam budak2)
Kaler Kegemaran : Silver Persona (korang tak tengok reaksi muka dia masa aku cuba nak gores dan menang Persona dia. Wahahaha~)
Makanan Kegemaran : Nasi (siapa kata keret?siapa??)
Memek Muka Kegemaran :
Status : Sudah Berpunya ( aku kurang pasti kenapa dia ada terlalu ramai awek2 di fesbuk. tapi aku tengok wallpaper henset beliau adalah gambar gadis)
Ayat Feberet : nyahahahaha~!! (dia punya ngilai boleh tahan jugak tinggi pitchingnya)
Setelah ditaburkan bedak secukup rasa dan sedikit hiasan bunga2 menggunakan pen ghelip2, beliau telah mengepos biodata ini kepada gadis bawah umur tersebut.
baiklah, setelah berkenalan dengan Paiseh, mari berkenalan dengan dua lagi blogger ini.
.
.
.
.
mereka kurang ternama sila lawat sini dan sini.
terima kasih.
berikut merupakan beberapa snipet2 penting yang berkaitan dengan gathering kali ini.
1) dalam usaha untuk ke Kuala Lumpur, beberapa kejadian hura hara telah berlaku. antaranya adalah hujan lebat di awal pagi telah menyebabkan kami gagal bangun pagi dan terlewat.
2) sehari sebelum perjumpaan, salah seorang blogger yang kurang ternama telah memberi tahu aku yang beliau malu untuk ke perjumpaan ini lantas meminta tips untuk mengurangkan perasaan tidak senonoh beliau itu. aku dengan tenang dan bergaya telah memberikan dua tips penting
- cakap biar banyak
- gelak biar kuat
>
menyesal pulak aku bagi nasihat tu.
3) setelah menghadiri dua perjumpaan bersama blogger, aku dapati, mengumpat Paiseh adalah acara wajib. Ya. Walaupun Paiseh di depan mata.
4) Paiseh fail dalam tunjuk arah. beliau gagal membezakan kiri dan kanan dengan baik.
"ko kat mamak tu? pusing kiri. tunggu aku kat situ"
"kiri? sure kiri?"
"kiriiii....situ ada bas sten."
sikit punya konfiden bagi arahan...
.
.
.
.
.
"silap.silap. kanan!!"
5) beliau telah membawa kami bertiga ke tempat yang aku rasa amat femes dengan ayam golek. terletak di Pantai Dalam kalau tak silap aku. orang kampung macam aku mana tau jalan2 KeyEll ni.
tapi aku tau sekarang ayam golek dia memang A. A bersama bintang kecil aku bagi.
6) bila masuk2 kedai tu. kami senyap tak mahu order. kami percaya, siapa yang order paling awal, dia la yang kena bayar semua. Dan ia terbukti benar.
7) setelah melepak dari pukul 3 hingga 7, kami telah berjaya mengepaw
- ayam golek seekor
- nasi putih seorang sepinggan kecuali budak yang bajet nak diet itu
- tomyam campur yang aku langsung tak sempat nak rasa dia punya sotong dan udang
- air pilihan masing masing
- air kosong
- air kosong
- air kosong
- air kosong
- dan air kosong lagi.
- Darkk juga berjaya dalam usaha beliau untuk mendapatkan rokok free sekotak.
terima kasih daun keladi.
Persona Paiseh bau wangi.
aku tau kau taknak jumpa kitorang lagi.
kerana kau tahu kau akan kopak lagi.
tapi terima kasihla untuk perbelanjaan kali ini.
p/s - aku dengar cerita kena 50 hengget eh seh? Banyaaaaakkkkkkkk pahala kau seh. aminn.
l/p - ada sebarang sentap menyentap tentang entry ini? sila baca tajuk entry ini lagi sekali. fokuskan yang di dalam kurungan tu.
17 comments:
tiap-tiap kali gath orang belanja..lu nak jadi apa ni macha? hahaha
abang paiseh kaya siot~~~~
makan free la bro??hahhah
ko ni pow org je...
Huish, bahaya juga kan gathering2 ni. boleh tergugat ekonomi
tak hajak gua. gua merajuk.
:P
pehhhh.. dpat naik cik sona tuuuu.
ceesssss... lepas ni gath gua nak suruh lu dgn darkk plak yg blanje. gua nak mkn byk2..
mrblind,
ntah.
aku belajo lama2 ni nak jadi injinier.
tak tau la kalau jadi bos lu plak nanti. heh~
hahaha~
jo,
tau tak pe...hahaha~
~0~,
nasib baik aku tak mintak tambang bas sekali. kalau tak free kuasa dua dah.
lifesaver,
bukan aku yang paw orang..diorang yang nak sangat belanja aku kak~
nak buat macam mana...
aizudin,
...lagi2 kalau lemah iman macam paiseh.
TM,
ko deting kak..cane aku nak ajak~
pari2 syurga,
pening aku naik sona dia kak. bau perfume kuat nau.
lepas ni gather kat subaidah. kak tasek belanja.
lepas tu gather akak kawen. akak belanja.
dah.takde gather2 dah pas tu.
hahaha~
paiseh mmg suka gambar ngokngek dia mcm tu..entah ape²..heh
aku x kire.
paiseh!
kau dah utang rm50 kat aku.
huahaha
seh..
err...errr... UTEM seh.. UTEM! bukan MMU.
muahahahaha.
gua nak menyamar jadi meja lah, kalo lu orang suruh gua belanja.
tapi kalau macha je belanja, gua jadi manusia khacak.
Paiseh, MMU tu orang lain.
Seh,kau memang ada problem ke nak bezakan MMU dgn UTEM?
Gitar dgn piano?
haihs.
baba!!
aci tak aci tak kire.. gua nak jugak turn UTEM ada.. kalu tak gua amuk kota melaka~
*apa lu orang merepek kat atas ni..?
wahahaha...tak bley la lu nak cover sampai macam ni sehh~
tompang bar-ce
Post a Comment