Wednesday, August 5, 2009

3 hari membaca blog yang sama boleh menyebabkan mata korang berpinau sebelum tido.

3 malam 2 hari aku terbring mengadap laptop. kengkawan aku dah perli2 tapi entah kenapa aku pekak kan telinga.

mungkin sebab aku memang degil, atau mungkin sebab blog yang aku khatam kan ni memang best. kalau kira2 balik, dah jadi macam novel melayu aku tengok. gila babi punya drama hidup dia. siap ada balak saiko bagai.

tapi aku bukan nak judge life dia, life dia sangat intresting.

apa yang nak aku kagumkan di sini adalah bagaimana dia boleh menulis blog, dan dalam masa yang sama, dia tak kisah langsung ape yang orang lain fikirkan.

i mean it a good way ok.

dia tulis blog tu betul2 untuk lepskan tension dia. segala carut marut ada. kanak2 suci sila jangan masuk blog dia. err.....ustaz2 juga.

hehe.
cilaka, tersasar pulak.

darkk penah cakap kat aku, blogging was kind of therapy to some people. dan minah (makcik hot kot..) ni betul2 melakukan itu. dia lepas segala batu dendam api marah watsoever dia dalam blog. dan dia tak kisah apa orang nak cakap.

macam mana dia boleh buat macam tu? orang2 sekeliling dia tak baca ke blog dia? aku tak tau. takkan la tak baca. blog dia gila femes ok..

dan aku pulak kemain lagi risau ape yang aku nak tulis. kang aku tulis maki2 ade plak yang putus kawan dengan aku. aritu aku letak gamba buat caption pelik sikit pun budak2 umah aku dah sentap. rasa nak seligi sesekor.

ah.kejap lagi pasal seligi tu pun seminggu diorang ban aku.

dan tiba2 aku rindu berblogging masa aku praktikal dulu. orang2 situ konfem tak baca blog. suka hati aku nak maki diorang ape.
(ingat lagi si bontot itik itu??)

tak la cakap aku kemaruk sangat nak maki orang kan.tapi kadang2 bila kita ada some tought yang orang lain fikir berlawanan dari norma, mula la kita di bambu.

dan aku juga kagum dengan mereka2 yang dah lama berblogging ni. cara tulisan tak penah berubah. aku tengok makcik hot ni dari start blogging sampai sekarang maintain je dia punya carut cara penulisan dia.

macam mana korang buat ar?

dulu masa bukak2 blog, aku baca yosh punya blog, darkk perli2 aku "wannabe yosh"
brengsekkk.

lepas tu baca edi punya blog, tulisan aku pun dah jadi 'gua-lu'. bapak carca marba.

kalau sape yang perasan, dulu tulisan aku penuh dengan titik...........sekarang tidak lagi.


dah la tu. ntah ape2 aku merepek ni.


gambar untuk hari ini

















aiseh.malas la aku nak transfer dari nset aku.

16 comments:

Darkkadabra said...

Aku ada kata ko wannabe yosh ke?

Err. Sumpah tak ingat.

macha_sezs said...

darkk,
cilaka ayam. dah perli2 aku tak ingat plak.

umah aku nak tengok GI JOE jumaat malamm sabtu . nak join?.

Darkkadabra said...

aku hantar ko sebagai tikus uji kaji dulu. lepas tu rebiu ya?

A said...

blog siapa tu?

suya said...

pemalas

jo said...

pssttt...
blog lucah ke? private kat aku...
heh!

helomynameisjaye said...

hoi ni "makcik/gadis hot" yg sama ke kamu maksudkan?

sutera putih bertukar pink,,, said...

best sgt ker blog yg smp buat hang jd cam 2???
nk lah jugak baca2,,,
toin...toin...
hikhik...
layannn,,,
;p

hzrh said...

Macha,
meh aku nak mula berleter.
bertabah.

kau jangan risau lah.
betapa ramai lagi manusia kt luar tu menjadi wannabe..bukan kau sorg je!
actually,tu bukan wannabe..tapi masih mencari gaya penulisan sendiri.
lama-lama kau akan jumpa style kau sendiri.
it's either cepat atau lambat je.
jangan risau lah pasal jadi wannabe.
ade je blog-blog yg femes pun cilok gaya penulisan orang lain.
:)

sekian bebelan utk kali ini.

Kuwe said...

itu belog apa linknya bai,cite pung pang ping tp link tak bagi apa kes

BudAk hijAu said...

wei..sumpah nak link bloh mak cik hot 2...sile buzz di ym!

jap..aku ade ym ko ke..?adeh!
ade2...buzz cpt!pantas.CARGAS!

BudAk hijAu said...

ape yang SU aku aka hazirah 2 dok meraban tu...?haih!cepuk kang..

hahahahhaa..

Fadh Rahman said...

woi bg link laa blog tue...gua pun dah berjaga 3h4mlm gak he he he

Anonymous said...

aku pon nak link itu!sila SMS aku!!!

macha_sezs said...

darkk,
ceh.belagak syiall ayatttt....

ahmad azrin aziz,
blog orang..lalala

suya,
ko la.bg komen sepatah je.bwek.

jo,
separa.wahaha

jay,
sama mana pulak niiiii~

sutera putih,
ntah la. aku rasa best.dan aku habeskan. mebijugak aku loser yang tak de keje lain nak buat.

azie,
wah! dah macam mak-mak pulak aku tengok kau ni.hehehe

tq azie..aku tau sume tu..tapiiii..

kuwe,
errr....ar....kan dari entry sebelum ni aku cakap aku tanak bagiii...

budak hijau,
hoh.aku seligi laju2. suruh bagi tapi ym tak bukak.

fadh,
erk.takde la berjaga... aku tido la jugak..makan berak bagai..

lifesaver,
tanak aku, pe nak jawab kat laki ko kang kak?

hehehe~

Anonymous said...

gua tau. ni mst psl blog green apple. mmg bes tahap carutan beliau. kehkeh.

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..