Friday, June 12, 2009

Twilight - Pra Review

cakap omputih pun sepah-sepah, grammar pun terabur-terabur, ada hati mau review novel
- aku

sejarah aku dengan novel omputih ni tak lah terlalu besfren. aku buleh ingat semua tajuk novel yang aku penah baca. abaikan Bunga Telur and Belly Shoe dan Prisoner of Zenda.

Superstitious - sape tulis ntah. aku baca masa aku form five. twist karut yang macam cilaka.

The Da Vincci Code - maha berat. vocab aku hampir tak mampu menampung novel ni. beberapa kali juga aku terpaksa selak kamus. cerita seronok. kena fikir banyak. aku tak penah baca novel Dan Brown sebelum ni dan aku rasa ia sangat .....let say....adventerous. macam baca Tiga Penyiasat Remaja masa sekolah darjah-darjah dulu. tapi dalam skala yang lebih serius.

Harry Potter Saga - Superstitious dan Da Vincci Code adalah novel yang pada aku "normal" jalan penceritaannya, normal gaya penulisannya dan normal cara aku membayangkan apa yang ditulis oleh novelis itu. tapi. tapi.tapi. dalam Harry Potter, segala pemahaman aku dalam English betul2 taking u-turn. to be honest, this novel also kinda berat jugak. sekali lagi, vocab aku tak lah tinggi mana. tapi, cara JK Rowling describe bende2 yang aku tak penah bayangkan adalah superb. aku kena tengok movie HP supaya aku dapat sah kan ape yang aku imagine adalah sama.


dan kini, desebabkan aku maha bosan dengan hidup aku, aku baca Twilight. curious yang lebihnya. banyak sangat credit. dan kebetulan kawan aku baca plak. dan sudi plak pinjamkan kat aku. hehehe. thanks to her.

jadi, apa saja yang akan aku review adalah berdasarkan kefahaman aku. aku yang hanya pernah baca 3novel (HP tu kira satu lah k). aku yang bukan budak TESL. aku yang latar belakang bahasa inggeris nya tak lah sehebat mana. buku ' Electric Circuit' yang bape juta page tu pun aku tak penah nak khatam.

maka.maka.maka. review aku nanti akan jadi sangat. sangat. sangat bias, immature and more or less revealing my stupidity.

sebarang komen membina amat dialu-alukan.

13 comments:

cik belacan melaka said...

tak kisah baca buku apa2 pon janji membaca.banyak membaca luas pengetahuan.hihihi.ops tak termasuk mangga.

suya said...

alamak..jay kalo hot caner?agaggaga..
aku bg ah ko since aku malas gile nak habiskan buku tu kan..bagus2 bdk2 mmg patut bace banyak buku.kehkehkehe

ChaiReeL AziZee said...

gua...novel-novel ni mmg x berapa nk kacip sgt...jarang gua baca buku novel...kecuali buku penyiasatan ah...macam sherlock home.....itu je seketoi je gua baca...tu pun amek masa 3 tahun nak abiskan...

macha_sezs said...

@cbm
alamat nanti suya bagi keh.

lalala~
*riang amat*

jo said...

aku ada buku lucah dalam bahasa inggeris...ko nak pinjam?

cik belacan melaka said...

suya => eh hot kena la baca.sebb kita kan hotilices camtu.erkk.hihihi

Izreena Halim said...

tu baru novel Twilight. katakanlah pasni kaw gile Twilight saga movies. Euww.

HazirahMahadzir said...

hoi,cepatlah review..ade pulak pra-review!
ahaha~

macha_sezs said...

@izreena
dont worry. it will be a capital NO.

haNie said...

pra review jek?
full reviewnye..bila?
hahahahah..

~~novel "highest tide" yg nipis tu pn xabeh² bace..cemane la nk bace novel² tebal nih..hehehe

macha_sezs said...

@cbm
hai dan urtv kak??
mangga online cane plak?

@suya
tq tq tq~~

@azizee
ahah.takpe. mungkin kau tak hidup maha bosan macam aku. kalau tak, aku yakin kau pun mampu macam aku.

@jo
shh..bgtau gune ym je tak bleh ke?
hahaha~

@azie
dah kua dah~~

@hanie
dah kua dah~~

anilrah said...

aku suke gile twilight. seyes. ko kene bace. vocab die ter sangat2 ok. ko mmg x yah selak kamus. then ayat die mase cullen ngan bella teramat romantik and ko leh copy paste untuk awek2 ko :)


( i did that)

Lifesaver said...

aku suka review movie jgk...

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..