Monday, January 19, 2009

kalau weld kat shaft motor, motor tu buleh jahanam ke?

pukul 9malam...aku turun dari limo itu. hitam. panjang. limo itu. dengan diiringi 3orang bodigad, aku melangkah maju. yakin dan kacak. kot hitam aku tanggal kan di depan pintu dan bodigad saya serahkan pada penunggu penjaga waiter kat pintu itu. ye. aku ingat dengan jelas sekali. sangat jelas.

ye. aku kini berada di dalam restoren esklusip. sangat high standard.


dan aku juga sedar siapa aku ketika itu. aku adalah salah seorang ketua mafia. aku tatau ape nama kumpulan mafia aku. tiga line?? tak kot.... saya benci mereka yang belagak baik padahal gangster. kalau nak jadi jahat bia jahat yang betul2. macam joker. tak perlu nak belagak mulia.


ah.termerepek.


aku ade perjumpaan malam tu. tak.tak. aku tak perlukan anak buah aku berdiri dan aku sorang duduk. anak buah aku tadi aku biakan diorang pegi mana2 diorang suke. aku sedar perjumpaan aku ini dengan sorang lagi CEO mafia lain. tapi apadahal. diorang sume takut dengan aku. itu aku cukup yakin.



tapi entah mana silapnye perjumpaan pada malam itu. kecoh. masing2 cuba jadi israel. tak. takde sape mati. tapi suara kami mula meninggi. volume masing2 mau dekat bar paling atas. tombol pusing penuh.


tiba2. entah kenapa. seorang konco CEO itu memberi aku air berwarna hitam. aku tau itu racun. tapi aku tak takut. bukan calang orang buleh cabar aku. bukan dada kosong la aku jadi ketua mafia. ingat senang2 ke aku beli kereta panjang kat lua tuh??


apdahal. aku minum je racun segelas itu. licin ku teguk semua.


tak.
takde kene mengene dengan kebolehan mudamudi sekarang meneguk beer sejag dlam sekali harung.


ye. aku hirup semua racun segelas itu. glup.glup.glup. licin.
tapi konco die tak puas hati. die bagi lagi segelas. tapi aku tau aku da sampai limit. tapi tak perlu la tunjuk aku lemah kan? aku tuang racun tu depan muka CEO tu.


tak pasal2 konco mamat tu emo. aku tak paham kenapa. tapi tangan aku dikepit dengan sesuatu yang macam kepit rambut 20sen sepeket tu. tapi dalam bentuk yang lebih besar. tangan aku dikepit. aku sempat lihat cahaya2 api biru keluar dari klip rambut besar itu. eletric shocker rupenya. tapi aku da tak fikir pape. aku hayun je tangan aku ke muka mamat yang pegang perenjat eletrik itu.



keadaan kelam kabut. dalam restoren yang besar macam dewan sri negeri itu..keadaan mula kacau bilau.


aku berjaya melarikan diri. entah dari mana aku sempat cekau sweater tadi. aku tutup kepala aku dengan penutup kepala yang ada pada sweater itu. aku keluar dari restoren itu. entah mana konco2 aku. aku berjalan dengan pantas. tercungap2..


kini aku dapati aku berada disebuah kawasan hostel. aku duduk di pangkal sebuah pokok. aku lihat jam.....dah pukul lima setengah pagi......


5.30 am??


...ini waktu bangun tidur...nak pegi keje.............


dan saya terjaga.



p/f- ye. saya bermimpi malam tadi
p/f-tak. saya tak mengigau.
p/f- tak. saya tak terkencing atas tilam
f/u/*/k- time dalam bas masa nak balik keje tadi baru aku teringat.kawasan hostel tu adelah kawasan hostel usm. buduh!!takde u laen ke? menci ah!


oke.masa untuk gambar rawak adik2~~~~


hehehe...kek buah cik leha.....nampak sedap? rasa juga sedap~~~

p/s- kalau weld kat shaft motor, motor tu buleh jahanam ke? help me pliss~~!!

13 comments:

@t00neY r00neY® said...

gulp!
menarek kek dr cite mimpi hang..

oh cik leha...

KARKADEWA said...

bahye klu weld weyh...!!
boleh bawa maut...

darkk25 said...

shaft moto ne, kalo ko weld pagar. pagar tu nampk kukuh. nak-nak kalo weld pagar rumah aku.

dari ko weld shaft motor.baik ko weld pagar rumah aku. nnt bapak aku kasi upah la.

Fadh said...

klau lu weld jugak, motor lu bleh terbang ke atas atap mcm dlm cerita bujang lapok.

suya said...

sedap nyeh kek cik leha

this.is.not.me said...

apehal lu main2 hostel usm neh??
sensitip okehh..

BudAk hijAu said...

klu lu weld jugak...u dpt weld..
wa xtau pasal moto..hahahahha..

macha_sezs said...

@tuni
hahaha...tu bukan mimpi..
yang ni betol-betol~~~~

@karkadewa
bukan motosikal la bro...motor...

@darkk
bapak ko nak kasik bape?5000ringgit mesia? aku ok je....

@fadh
motor....bukan motosikal~~~~~

@suya
hhehehhh..besssss~~~

@thisisnotme
ah.aku pon sensitip gak usm-usm ni.

@budak hijau
masak kek tau?

darkk25 said...

5000ringgit ke?

bapak aku main dollar la..

saje spam nak kasi cm glamer sket..

darkk25 said...

lagi 2 kali

darkk25 said...

lagi 1 kali

darkk25 said...

okeh..dah..penat

macha_sezs said...

@ darkk
ni buleh bikin aku panas ni..

jap aku panggil member aku kat 4chan

bunuh darkk!!

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..