Monday, November 29, 2010

Auto Publish #1 - Kerja

Kerja ni, nak kata best, melepak lagi best. Tapi kalau melepak, celah mana akaun bank kau nak ada duit kan? Jadi makanya, terpaksa la kerja. Ok bukan terpaksa la. Lebih kepada aku dah bosan duduk rumah. Dah dua minggu kerja, aku sebenarnya tak start pun lagi kerja sebenar aku. Dok training tak abis2. Orang lain semua bizi, aku dok melangut la tengok orang lain.

Makanya, aku takde kerja. Takda kerja sama dengan gaji buta.

Silap. Aku bukan nak cerita pasal gaji buta. Aku nak cerita pasal kerja.

Lecturer aku dulu pernah cakap. Kalau nak jadi kaya, sila kerja kilang. Kenapa boleh kaya kerja kilang? Sebab ko takkan ada masa nak guna duit kau.

Kerja kerja kerja.

Tak. Aku tak merungut. Aku memang dah bayangkan jadual kerja yang macam ni masa aku belajar dulu. Masa aku practical dulu pun aku dah tengok jadual kerja kilang ni macam mana. Lagi2 pencacai macam aku ni.

Terima hakikat.

Tak ramai yang bertitle Pencacai macam aku kat production line aku. Itu hari bila aku jumpa sorang yang bertaraf Pencacai jugak, aku soal selidik la kerja macam mana memandangkan aku tak jumpa lagi job description aku.

"Kerja kita ni, kau masuk kerja pukul 8 pagi, ok tak, 7.45 pagi, bla bla bla, dan kau akan balik paaaallllliinnnnggg awal pun la, pukul 9malam."

Moral aku pantas down dengan mendadak. Untuk meningkatkan balik moral aku, aku bertanya,

"Ape pulak yang bestnya dengan kerja kita ni kak?"

Akak tu terdiam seketika, lantas berkata,

"Kesian pulak aku tengok ko ni berdiri je sembang dengan aku ni. Eh Rosnah, tolong ambikkan kerusi untuk abang kita ni."



Heh.

3 comments:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

jadi...dapat x jawapan ape yg best keje ko?heheheh

h a n i e said...

dah siap tulis resign letter ke? mn la tauuuuu..





:P

jo said...

baru kerja dah dapat adik ye bang?

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..