Thursday, September 9, 2010

Ini kalau tak mendapat tempat di hati ibu-ibu mertua, gua tak tau nak kata apa dah.

Resepi Kuih Tiram.

Esok raya tak bermakna hari ni tak sempat lagi nak buat barang sebalang dua kuih ye dak?

Pengenalan.
Kuih tiram, bagi mereka yang hanya tahu melantak adalah sebuah kuih yang rangup dan diperbuat daripada tepung serta bersalut gula halus. Kalau beli, gula dia kemain lagi sikit. Kedekut!. Ini je yang aku boleh describe-kan mengenai kehebatan kuih tiram ini.


Bahan bahan.

Tepung gandum cap bluekey sekampit. Adalah perlu di tegaskan disini,sekampit bersamaan sekilo. Kalau korang pergi beli tepung timbang, pastikan mintak sekilo, bukan sekati. Orang zaman sekarang tak main dah kati kati ni. Tak standard kata orang tua tua.

Telur ayam 3 bijik. Pastikan telur ayam. Macamana nak pastikan telur ayam? Hempas telur tu kat dahi korang. Kalau pecah,sah la tu telur ayam. Keh keh keh.

Gula dalam setengah kilo. Tapi aku tak sure sangat. Aku rasa aritu aku bantai 2kilo. Baru nampak macam kena celup dalam salji. Ikut dasar kedekut/jaga kesihatan korang lah. Aku muda, takpe.Korang?

Tepung ubi. Yang ni korang beli kampit kecik pun cukup.

Minyak masak. Kalau tak korang nak goreng pakai apa? Kicap??


Penyediaan Bahan Bahan

Pukul telur hingga kembang. Macamana nak tau dah kembang ke belum? Tu masih menjadi tanda tanya lagi kepada aku.

Gaulkan tepung tadi bersama dengan air suam dan juga telur yang telah kembang tadi. Uli secukup rasa. Part ni memang bukan part yang aku buat. Sebab apa? Sebab Cik Leha kata masa uli ni kena baca selawat banyak2, ikhlas, buat dengan penuh kasih sayang dan penuh dengan sifat mazmumah. Maka secara auto aku tak layak nak buat part ni.

Kemudian dalam bekas yang lain pula, gaulkan tepung ubi dengan minyak masak. Benda mudah macam ni aku sub kan ke adik aku je.

Kisar gula kasar menjadi gula halus. Lagi halus lagi bagus. Lagi cantik efek salji. Jangan main main dalam seni kulinari weh!


Cara cara

  1. Tepung gandum yang dah korang uli tadi, korang giling (giling???) . Aku tak tau nak kabo cemana ni. Yang ada papan kayu tu, pastu ada silinder tu..pastu korang lenyek tepung tu jadi leper. Paham tak ni?
  2. Bila tepung (ah!baru teringat istilah 'doh'). Bila doh tu dah leper atas papan tu, korang sapukan tepung ubi yang dah digaul dengan minyak tadi. Sapu jangan ala kadar. Benda ni penting supaya kuih korang tu nampak 'lerai' nya.
  3. Lepas tu, gulung doh tadi.
  4. Dah gulung, sure la doh tadi tu sekarang berbentuk silinder kan? Bijak. Potong silinder tu secara keratan rentas. Ketebalan adalah terpulang kepada anda.
  5. Dah korang potong tu, lenyek sekali lagi guna silinder kayu tu. Jangan risau bagaimana pun bentuk dia. Pengalaman adalah pengajaran terbaik. Pandai2 la korang bereksperimen.
  6. Goreng hingga kaler dia nampak cantik bagi korang.
  7. Angkat. Dan kini tibalah kerja yang paling payah. Menyalut gula. Yang ni korang kena guna mata hati baru boleh pro. Macam aku. Keh keh keh.

Dan hasilnya,

taraa!!

sekilo tu dapat la dalam 3-4 balang ni


Penutup

Macam aku cakap kat title tu lah, ini kalau tak mendapat tempat di hati ibu-ibu mertua, gua tak tau nak kata apa dah.

Hehe. Selamat Hari Raya!!

.

9 comments:

eyemeroll said...

Apsal aku macam tak pernah tengok kuih ni. Kuih tradisional negeri mane ni?

Ni la entri legend kau..?

Bukan senang tangan budak engine nak buat kuih ni..Kah3x.

btw, Selamat hari raya bro.

hdyh said...

eh,kuih ni aku panggil kuih kapal terbang.
xtau pulak ada nama lain. :p

Darkk said...

Nasib baik gua tak nub kuih.

Eh. Ingat lu nak post bonus berapa percent kat sini.

Ke nak buat sidang akhbar?

helomynameisjaye said...

senang je buat dia rupanya..ooooooo

rosemyn said...

wah cha! kuih peberet ni cha! hantar sini barang sebalang dua leh?? hehehehe...

selamat hari raya cha. maaf zahir batin...

tasekM said...

giling...? canai bahasa betul dia ok.

anak2 dara, sila masuk minang macha lepas raya nih...



.

citahrudin said...

pehhh....

rosemyn said...

cha, resepi ni tak tipu kan? nak try wat bila balik kl isnin ni...

macha_sezs said...

rosemyn,
tak tipu.

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..