Thursday, July 22, 2010

@ Melaka for 2 days

Ceh. Semalam masa atas bas aku dah karang ayat panjang2 nak buat entry. Sekali menghadap PC Darkk ni lupa plak nak tulis apa.

Semalam masa naik bas, ada sorang pakcik ni mulut ramah. pokpek pokpek dia sembang. Dengan mat saleh pun dia bantai jugak.

Where are going?
Tanya pakcik tu. padahal terang terang la bas tu nak pergi melaka. takkan la mat saleh tu nak turun kat Klang kan. Klang ada apa. bahahaha.

We. are. going. to. Melacca.
Sepatah sepatah mat saleh tu balas. Menganjeng ke apa, aku kurang pasti pulak. Haha.
Lepas tu aku dah tak dengar apa dah sebab aku dah pengsan.

Lepas bas tu keluar dari Seremban, aku dah tak leh tido. Pakcik ni dah mula borak dengan sorang budak bangfes. Aku mula mula naik bas lagi aku dah menyirap tengok budak ni. Entah kenapa, aku rasa nak sepak sedas. Auto.

Pakcik ni punya gebang wa cakap lu, tak boleh tahan beb. Mari kita lihat beberapa contoh.

"Kereta pakcik, Audi A3, kena masuk bengkel. 3500 melayang."

"Uii..pakcik ada sejarah kat tempat ni..gaduh dengan cina sampai tak cukup wad kecemasan kat hospital melaka tu."

dan yang paling A bagi aku,




"Emas, kalau dia nak naik harga, mesti getah pun naik harga jugak. Sebab apa tau? Sebab diorang ni satu bangsa. Bahan Galian"



Terus aku rasa nak sepak pakcik tu pulak.




.


16 comments:

nur said...

hahahahahha... sengal pkcik tuh.. tahan plak org tuh suma dgr die membebel..

macha_sezs said...

nur,
budak tu pun 2 kali 5. tu yang boleh tahan. haha


.

h a n i e said...

hahahahahaha....getah tu sejenis bahan galian rupanya..
patut la kena toreh2 pokok getah tu dulu..
aihhh..

tp toreh pakcik tu lg molek rasanya!!

tasekM said...

mmg la rasa nk gali je ke pakcik tu kan...?

lama kat sini...? ke nk balik perak balik...?



.

macha_sezs said...

hanie,
hahaha.saya dah tahan dari nak gelak kaw2 dah masa tu.


akak,
esok balik le. cik leha marah lelame kat sini

:(


.

minah senget said...

owh baru aku tau..rupanya emas dan getah merupakan bahan galian ye pak cik???

hurm maksudnya selama nie saya belajar kat sekolah ajaran sonsang la ye..wahahahahaha

bapak sengal pokcik tue..

jo said...

hahahahhahahahhaha...
yang ni aku suka.

HazirahMahadzir said...

aku rasa pakcik tu adalah bapak supervisor aku yg celaka amat tu.
cakap pungpang, tapi ____________.

kau rasa?

mimizuzuhaha said...

pakcik ni boleh tahan boom boom pow jgk mulut dia haha

helomynameisjaye said...

bagi can la dia nk berlagak sekalisekala.masa bawak Audi sape nk dengo ye dok?lol

GADIS COMEL said...

hari2 mak aku pi toreh bahan galian lah.mujur bukan aku yang kat dalam bas tu.kalo tak, memang menanah pakcik tu kena sound.hihi.



.

crazy_labelle said...

bwahaha... first entry ko yg wat ak gelak kuat2.... mmg TRUE ah pakcik tu...

melaka? wat ape?
nak banjer ak mcd ke?

suya said...

oi oi...klang best lah!

skang rasa nak sepak ko plak..kikiki
mane ko g?tgk wayang lagi ke?

JAY said...

hahahahaa... stail lah pakcik tuh.. aku pun rase macam nak sepak! hahaha!

..nOj.. said...

abes kete pakcik kt bengkel lagi ke skang ni? kiranya pakcik takde la RM3500 tu kan nk bayar kt bengkel tu.

sepet said...

pakcik tu mintak simpati arr..x faham2 ko nih..

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..