Wednesday, July 7, 2010

Edisi World Cup

Aku percaya, luck ni dia macam air dalam tempayan. Orang dulu dulu, letak tempayan tepi tangga yang nak masuk rumah tu.Betul betul bawah atap. Kenapa letak tepi tangga? Sebab bila orang nak masuk rumah, boleh cuci kaki dulu. Almaklum lah, orang dulu dulu mana ada jalan tar lagi, tanah lecak, kaki kotor. Maka, sebelum naik rumah, sila cuci kaki. Kenapa letak bawah atap? Bukan bawah atap aku nak kabor, tapi betul betul hujung atap. Supaya senang nak refill bila hujan.

Ni aku tak tipu. Dulu aku ada makcik yang duduk kat Chemor. Kawsap pendalaman. Macam ni la gaya rumah dia. Sekarang anak dia dah jadi orang besar besar kerajaan. Sikit pun tak tolong aku dapatkan kerja.

Ok. Itu cerita lain.

Maka, bila makin kerap guna air dalam tempayan tu, makin cepat la air tu habis. Esok baru boleh refill. Kalau siang tu kau naik turun rumah lima nam puluh kali, malam tu lepas balik surau lepas Isyak pandai pandai la ko pergi ambik air dari telaga.

Gila gelap.

Maka, luck ni pun macam ni jugak.

Kata lah siang tu kau ada paper final. Tapi kau bangun lambat sebab malam tadi tengok bola. Kau sampai sampai je bilik periksa tu, boleh pulak paper tu tak start lagi padahal kau dah lambat 5minit.

Minus satu dah luck kau kat situ.

Lepas tu bukak je kertas soalan, semua jawapan ada dalam toyol kau. Minus 20 luck di situ. Kenapa 20? Keypoint nya adalah SEMUA JAWAPAN.

Kau keluarkan toyol kau. Paper last, toyol haruslah epic. Bukan calang calang toyol. Paper A4 lipat dua. Kau keluarkan, tak kantoi. Auto kau punya luck minus 5. Kau passing pulak toyol kau tu. Tak kantoi. Minus 5 lagi.

Paper tamat. Kau boleh jawab semua. Kau senyum. Pun kena minus 1. Kenapa? Sebab ada unsur unsur riak di situ.

Malam tu pulak kau pergi dinner. Semua berjalan lancar. Kau nampak tough. Pakai pun ikut tema. Dapat mug besar. Lepas tu pergi balik ada driver hantarkan. Semua sekali sapsapsoi, minus 18.

Sepanjang hari kau gunakan luck yang melampau. Maka, kau dah takde luck dah nak guna untuk team yang kau sokong untuk menang.

Hasilnya, Brazil kalah malam tu.

Cipet.


.

14 comments:

..nOj.. said...

hahaha tula jgn pakai boros sgt luck tu. kan dah x cukup tu mende yg penting seperti itu.

jo said...

pagi beli luck dekat kedai la. ada jual..

MOMMY CGG said...

brazil jugak?

jo said...
This comment has been removed by the author.
helomynameisjaye said...

masud ko "dont count your luck" bak kata Prince Dastan kepada Princess Tamina?

helomynameisjaye said...

eceli dia ckp "dont PRESS your luck"..haishh "-______-"

tasekM said...

baguslah brazil kalah. kah kah kah...



.

macha_sezs said...

noj,
lain kali aku bajet nak buat macam buku akaun la kak.

senang sikit nak tau dah pakai berapa banyak.



jo,
eh?kat ne? kedai runcit ah chong depan ni ada jual tak?



miez hanem,
yup.awak?

ehe.




jay,
hahaha.aku tak teringat langsung.
baidewei. apsal princess tu kejap lawa, jap tak lawa ah?




tasekM,
sadap yu kak!

:P



.

eyemeroll said...

Dah kalau ter"luck" macamana pulak?

Unknown said...

bukan sebab ko gunakan point luck ko byk sgt tp dah memang takdir brazil kalah! hahaha!

german juara tahun ni.

Anonymous said...

oh, aku suka entry nih.
hampeh la ko, sapa suruh abiskan luck tu, kan dah kalah brazil aku.
emo aku sepanjang weekend tuh. sia-sia..

fndrocka said...

harap malam ni germany belasah spain tanpa perlu basuh kaki a.germany pakai kaki..jgn pakai luck..harap2lah.

Kontest Hanis & Mira terlambat pergi Exam

sitinaminah02 said...

luck ada, loqlaq pun ada macha oiii...




apa itu loqlaq? sila rujuk kamus dewan kampung aku. hehe.

No name said...

nmpak nya.. luck yang digunakan tue lar buat Brazil kalah.. ada point di situ.. hahaha.. logik..

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..