Friday, June 19, 2009

dah tengah hari. lapar aku di tahap kemuncak. kaw-kaw lapar. lapar bukan sebarang lapar. aku lapar nasik ni.

tapi,
aku kat kedai. syif aku tak abes lagi. matahari dah mencanak. panas toksah cerita la. dah bape banyak espop aku tibai. sekotak aku syak. bengkrap cik leha hari2 aku buat macam ni.

dan akhirnya,
adik aku sampai. dan aku balik. sampai rumah, sepantas kilat aku cekau pinggan, cedok nasik dengan penuh profesional, ambik lauk dengan penuh kepantasan. kangkung goreng bersama ikan merah goreng. A tak A sangat la. tapi aku tahap kebulur ni.

usai baca doa makan. aku menyuap penuh rakus. suapan kelima, cik leha bersuara,

amir, nanti amek ikin kat sekolah. dia balik dua setengah.

aku angkat muka. mencari jam dinding.

sekarang la dua setengah!

mula aku kucarkacir. suap ntah kemana. ikan ntah kemana. sedar2 dah habis.

aku kena cepat, getus hati kecil aku.

mana boleh biarkan adik aku sorang2 kat sekolah tu. kang kena kidnep ke ape kan. kita mana lah tau. ntah2 adik aku tu bantai lintas jalan tak tentu hala ke.

coi~ mintak simpang.

aku basuh tangan tanpa basuh pinggan. air pun tak minum. aku hampir tercekik tadi. tapi aku gasakkan juga. adik aku kat sekolah tu penting.

kang aku lambat ambik, mana lah tau dia lapar sangat ke, pengsan macam mana? dah jadi satu hal plak. kanak2 riang macam dia mana tau tu sume.

aku start moto. press minyak sehabis boleh. meredah segala kenderaan. ambil kona lipat di selekoh nak masuk sekolah.

dan aku tiba depan pintu pagar. adik aku tidak kelihatan. bayang jua tiada. aku tanya guard

dah keluar kelas dah tadi. ringkas alasan pak guard.

ah. ini aku tak berapa gemar. selalu ada je tepacak dia bawah pohon rendang tepi pagar sekolah. hari ni mana? aku mula sedikit gusar.

"tolong cari jap pakcik" penuh etika aku meminta tolong guard itu.

lima minit berselang. guard pun hilang.

ah. takkan la guard tu pun kena kidnap? aku cuba menyedapkan hati aku.

minit ke-enam. adik aku muncul. lega aku..

"bang, ikin balik pukul lima la...ada motivasi arini......ikin lupa nak cakap pagi tadi....."

situ2 jugak aku rasa nak lempang dia.

12 comments:

suya said...

kihkih...adek!hi 5!

ChaiReeL AziZee said...

hahaha...wa bersimpati ngan lu beb...

haNie said...

hahaha!!
kata abg mithali..
tabah n redho jek la ek.. :P

fararusdi said...

baek gila rupanya lu nie.. terharu gua!

YobSumO said...

abg mithali gila hang ni... bgs2 thumbs up!

cik belacan melaka said...

kategori kanak2 riang umo bape tahun?- ayat beterabur.

HazirahMahadzir said...

tabah la wahai incik!
T__T

paiseh said...

ikin?? ada can tak lu jadi abang ipar mawi??

paRi-paRi sYurGa said...

relax bro.. relax.
kata abg penyayang....









wakakakakakakakkakakakkakakaka..
errr.. sorie tergelakkan lu.
hahahaha.

@tune® said...

oh...kejam suya dgn adik mu telah bersekongkol...

kau abang yg bertanggungjawab!!

Lifesaver said...

jgn lempang....

nuyuljana said...

so sweet

bestnye dapat abang camni.

abang, abang mau jadi abang saya tak?

XD

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..