Wednesday, December 10, 2008

Aku semakin menyampah dengan manusia sekarang. Semakin ramai yang tatau bersyukur. Sumpah aku sakit ati dengan diorang. Pegi mati dengan ape yang orang lain nak komplen. Aku memang benci dengan orang yang macam ni.

Ape yang aku marahkan? Orang-orang kat Bukit Antarabangsa. Seriusly aku marah dengan diorang. Mula2 ye la aku kesian.. tapi aku makin menyampah dengan perangai diorang. Macam haram.

Pada mereka yang tak tau nak bace paper atau tengok brite..diorang ni mengalami kejadian tanah runtuh kat area kawasan umah diorang. Tanah runtuh ni sejenis bencana alam. Ye, bencana alam. Alaa..macam tsunami tak lama dulu tu.. tu pun salah satu bencana alam la..

Jadi mari compare dua bencana alam yang telah berlaku kat mesia ni.

Dulu bencana tsunami tu berlaku, ade ke mangsa2 kat situ dapat bantuan makanan daripada KFC? ade ?? Jangan harap la. Tapi kat bukit antarabangsa ni?? KFC antar bantuan bebb..

Masa tsunami dulu, mangsa dapat ape lepas umah diorang hancor? diorang dapat umah murah... Alhamdullillah..ade gak umah untuk diorang kan? Tapi tau tak korang yang umah tu lepas setaun berlaku kejadian tu TV3 melaporkan umah2 kat situ still takde letrik... dah la keadaan umah tu aku tengok nazak laen macam... mangsa kat Bukit Antarabangsa?? Ade hotel nak kasi diorang menginap free~~~~!!

Kenapa orang2 yang nak memberi bantuan ni macam memilih? Orang kaya + datuk2 + datin2 je ke yang layak dapat bantuan dari korang ?? Sarapan pagi ditaja oleh Hotel Concord bebb.. time tsunami dulu diorang pegi mana??

Tapi pas aku fikir2 kan..aku paling sakit ati dengan penduduk kat situ. Berita Utama tv3 semalam, kalau sape2 yang tengok.. korang akan lihat sorang brader fu*k ni meracau2 tak tentupasal. Dia marah2 anggota RELA sebab tak tolong bini dia angkat barang. Dia cakap yang diorang ni releks and makan2 je keje diorang. Memang brader ni maki2 diorang. Marah abes beliau.. dia tak fikir ke yang RELA tu ntah dah bape ari da bekampung kat situ..buat jambatan la ..bukak jalan baru la..ape2 la....untuk kemudahan diorang gak.
Tapi brader ni pada aku tak sedar diuntung. barang sendiri, sendiri angkut la! Ape hal nak suruh2 orang lain plak. Pas tu bile barang ilang mula la kecoh2..

Ade tengok sape yang diorang temu ramah mangsa2 kejadian? Datuk tu...datin ni..dato sana.. diorang ni sume kayaraya la...yang korang kecoh2 nak wujudkan tabung tu nak wat pe?? Tak payah. Diorang dah cukup kaya. Banyak lagi orang yang buleh terima derma2 korang.

Sumpah aku meluat dengan perangai2 mereka ini.


p/s-aku takde sedaramara, sahabat handai, rakan taulan, musuh separas atau ape2 kaitan dengan cerita/pendapat aku di atas. aku menulis se-tak-bias mungkin.















bekas janda aku je ade kat sana..


2 comments:

darkk25 said...

ko saje nak buat aku cite pasal bukit antarabangsa gak kan?

macha_sezs said...

eleh.takde idea la tu.
manja sungguh anda.

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..