Friday, July 9, 2010

Living my phatetic life - Part 2

Apa yang paling menyedihkan dalam hidup bila anda cuba untuk hidup tanpa bantuan ibu bapa anda untuk pertama kalinya?

Jawapan untuk soalan ini panjang ceritanya. Kita patah balik beberapa minggu lalu.

Baru habis semester tambahan yang rasanya macam di paksa untuk di ambil. Benda akredetasi ni bukan salah aku. Salah BEM. Salah universiti. Masa gubal dulu tak nampak ke benda2 remeh macam ni? Mekatronik ni gabungan mekanikal dan elektronik. Semua orang yang reti baca boleh agak apa tu meka-tronik. Yang kau bebal sangat tak masukkan subjek mekanikal kenapa? Bila dah last last macam ni baru nak suruh ambik. Apa punya bebor.

Thermodynamics. Hydraulics and pneumatic.

What the fuck. Subjek ni even budak mekanikal pun cakap killer subject. Aku ni base electrical. Ko dah tune kepala otak aku dengan kapasitor,perintang, wayar, IC segala jadah bagai, sekali ko suruh aku cari enthalpy. Ape ke pundek aku nak skor?

Nasib baik la hydraulic and pnuematic tu aku minat dia punya PLC programming.

.
.
.
.
.....
Fuhhhhhhhhhhhh....

Maka result pun makan tanah la jawabnya. Nasib baik tak fail. Nasib baik tak kena repeat paper final. Tapi bila result tahap makan tanah, CGPA jatuh. Result yang digunakan untuk apply kerja tak cantik. Ye, salah aku la sebab dia tak cantik. Dulu tak dapat dia punya skill nak skor. Bila dah tahu skil, terus dean list. Tapi dah terlambat. Ya, result saya tak lawa. 2nd lower. Tapi tu tak bermaksud saya tak boleh buat kerja.

Ko bagi aku PLC problem. Sekarang jugak aku bagi dia punya circuit.

Kenapa marah marah macam ni?

Aku marah pada diri sendiri. Dengan result SPM dulu, aku boleh study oversea, tapi aku tak tahu ada nya pelbagai cabang untuk fly selain dari JPA. Aku penah dapat interviu JPA dulu. Tapi resume aku tak cemerlang. Aku bukan budak sukan. Aku tak wakil negara, negeri. Heck, even sekolah pun. Total nerd in the ass.

Bila aku masuk matrik. Aku cakap dengan diri sendiri. Kali ni, mesti kena aktif. So aku join Kelab. Jadi presiden. Anjur itu. Anjur ini. Tapi hasilnya? Pointer tak cantik. 2.8samting kalau tak silap aku. Orang lain rilek rilek dapat 4flat, aku dengan 2.8samting. Maka aku terperosok la dekat universiti melaka ni. Aku tak kata U ni tak bagus. Kalau kau belajar sini, aku jamin kau sebenarnya boleh jadi lagi hebat dari budak2 USM atau UKM kalau kau masuk industri. Sebab dekat sini. Belajar 2jam, lab 3jam. U lain takde rasanya. Ada kawan aku cerita, masa dia praktikal, ada budak dari satu U ni, first time pegang relay.

"Ooohh..ni ke relay...."

Yeah.Fucking genius.

Dan sekarang aku dah grad. Silap. Belum. Awal Ogos nanti. Tapi aku takde kerja. Lagi.

Pada aku jobstreet adalah scam. Penipu. Sebab aku dah apply banyak gila kerja. Semua kerja yang Lina tu syor kan semua aku apply. Mula mula dulu aku memilih jugak. Tapi bila dah nak grad, satu kompeni pun tak call lagi ape cer kan? Semua aku tibai la. Tuuuu pun still takde calling lagi. Cipet.

Hari tu aku pergi mintak kerja. Dia kata aku dapat. Tapi tak call aku pun. Sialpalis punya chef. Isnin nanti aku nak pergi mintak part time kat Mydin. Kalau tak dapat jugak mau aku bunuh diri.

Sekarang aku tinggal dekat rumah Darkk. Siapa yang baca blog aku tapi tak kenal darkk memang nak kena makan penyepak aku.Hari tu dia siap sound aku lagi pasal aku asik mention nama dia dalam blog aku. Dia harsh. Suka kondem aku. Entry ni pun mau kejap lagi dia perli aku balik.

Tapi itu cerita lain.

Jadi berbalik kepada soalan kita pada awal tadi.

Apa yang paling menyedihkan dalam hidup bila anda cuba untuk hidup tanpa bantuan ibu bapa anda untuk pertama kalinya?

Masuk Mydin. Capai Maggi. Sekampit. Bayar. Keluar.

Kenapa sedih lagi menyedihkan?

Mydin Melaka ni besar sial. Ko nak pergi rak megi tu, kemahen belakang dia punya port. Ko kena lalu rak oreo, rak air kotak, rak makanan segala, rak biskut tin, rak melo dan laaaasssssttt sekali, dekat dengan freezer dia yang dia letak naget tu, baru lah ada megi. Dia punya feel nak sambar segala makanan yang ko lalu tuu...

Dan lepas tu, bila nak pergi bayar, ko kena beratur lama gila babi untuk sepeket megi di kaunter "Maximum 10 barang sahaja" sebab makcik depan ko ni, punyala pundekanakharampantatlacaugampang tak paham bahasa, bawak satu troli penuh masuk kaunter tu jugak. Bodoh.


Ya aku marah. Kecewa. Rendah diri yang melampau. Kepada semua. Orang sekeliling. Sistem. Pentadbiran. Mentaliti. Harapan. Semua.

Tapi yang paling aku marah dan kecewa. Pada diri sendiri.


Semoga mentari muncul lagi esok hari. Eewaahh!!
Haha.




.

13 comments:

helomynameisjaye said...

aku rasa sedih baca coretan ko.serius tak tipu.i guess ko jenis orang yg had a rough start but eventually it'll get better.IT WILL, trust me ;)

suya said...

ala rilekla nokk...jgn camtuh....ko br je abis blaja mmg lmbt skek. tak semua org lucky mcm monkey.so,..take it easy.tak guna stress2 muda2 ni..nanti cpt tua...meh dtg KL aku banje ayam goreng.hehe

eh btw dark tu sape?
^__^

budak dpn pc said...

relas beb..ad yg lagi bagus utk ko sedang menanti. mane tau, kot2 ko di offer jd MD company ker..



muahhahaha.

Siti Noor Aminah said...

aku rasa tak mo susahkan parents aku,1st month kerja, belum dpt gaji, aku konvo kt uitm shah alam, balik dr konvo member ckp moto aku hilang, gaji blm dapat, moto plk hilang.aku btl2 klepet time tu. sminggu lps tu baru aku kol parents.

aku tau apa jd hari tu ada hikmahnya.hilang moto, then kerja kuat, skrg dh pakai keta kecik. kecik pn tak pe. jnji ada transport.

sabar la macha.setakat mentekedarah megi, bnda biasa bg aku. i like megi.. ;p

ardzmarn said...

cuba baca yang nie..

http://www.a1newspapers.com/Home-based-Jobs/Online-Jobs.html

mana tau kot boleh grab ribu ribu buat freelance..

jimah said...

ok.. exited ttbe de name USM kat atas tu..

neway, ttbe rase takot yg amat.. ye ah, dunia sekarang lau xde duet mg cam hell ah kan hidop.. tips bergune, siler puase.. pastu buke makan megi tu.. sbb kite da pernah rase kot xde duet.. ptptn dpt half, nk mintak parent mmg x ah sbb kite mmg brat mulot nk mintak2 duet ni.. n kawan?? bestfren sendiri pon xtaw slame 2 bulan tu duet lam bank de 200 je.. pandai2 ah idop kn??

pape pon, gud luck!! mesti de hikmah pasneyh.. mne taw de anak dato' yg kaye raye terpikat kat ko kn?? hee....

p/s: cube usha keje kat http://www.jobsdb.com.my/Malaysia/
stakat ni de member yg da pernah dpt interview base on web ni.. kite pon subscribe.. ari2 de emel.. gud luck!!

fitri ezwan said...

salam bro,

Bersama kesusahan, ada kesenangan. =)

Moga tabah hati, inshaAllah

tasekM said...

usaha terus ya... aku dulu abis blaja bulan 6. bulan 9 konvo. bulan 10 br start kerja yg benar2 dinamakan kerja...

nnti aku try ushar mana2. apa2 hal aku roger..


.

Anonymous said...

jangan harap pd Jobstreet jekk. cuba carik any multinational company ie BHP, Prasarana etc....just drop yr resume there. sbb dalam setiap website derang, akan ada link Career. & then...every saturday, jgn miss beli paper The Star. dalam tu ada banyakkkkkkk gile keje.

owhhh...satu lagi. make sure resume cantik ok. & pastikan ada coverletter jugak. dalam coverletter tuh, sell urself in writing. coz co. also want to see how u write. x guna resume gempak gile babs...tp writing hancur.

ok dik....Good Luck ~wink~wink~

Anonymous said...

cuba tanya pakcik gugel...resume sample....coverletter sample....then ko tgk camne derang tulis. mana yg sedap jekk ayat dia, ko curik. hahhahahaha

maybe untuk fresh grad mcm ko yang takde experience kerja sangat, x berapa nak banyak details dalam resume. but if ko ada praktikal dulu.....detail kan every little thing yg kau buat. dlm resume letak dlm bentuk point. dlm coverletter baru ko explain apa yg ko buat masa praktikal dulu. even benda tu kecik @ ko penah buat 1kali jek. tp yg relevan laa. kalau kau kena bancuh kopi utk bos tu, xyh aa sebut kan. hehheheheh

yg penting....ko jgn give up. ok ~wink~wink~

Unknown said...

hay bro;

1. hi 5! aku pun macam kau dulu, spm aku straight A, aku xapply jpa, sebab? aku rasa aku amat jahil masa tuu, dapat tawaran matriks pun aku tolak, dan aku decide untuk amik diploma chemical engineering kat uitm.

2. sekarang ni aku baru habis dip, dan baru sambung study kat upm. dip, 3 tahun; degree ni pun 3 tahun, sebab aku rasa peluang aku untuk dapat kredit transfer amat rendah. jauh kot course yang aku minta ni.

3. mula mula aku rasa tertekan jap bila dapat upm, kalau aku x apply upm, konfem aku sambung degree kat uitm, masa 2 tahun je. mula mula aku rasa macam fuckup jugak bila tempoh pengajian kat upm ni lebih panjang, yuran lebih mahal, pastu dengan budak budak junior pulak tu.

4. aku fikir balik, fikir dalam dalam, semua tu ada hikmahnya, serius. bersabar bro:)

..nOj.. said...

aiseh baru beberapa hari menganggur tu. sabar ye. aku dh 2 kali dpt keje dr jobstreet. 1st, keje ngan nokia beb. 2nd, keje ngan international company gak, mining. sabar tau. ade la tu. tak arini esok, takpun lusa, tulat, minggu dpn, bln dpn, atau taun dpn.

Anonymous said...

woaaahohohohoo..

itu je aku mmpu type.ekekeke..

*wink*

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..