Kenapa tajuk macam celaka?
Mari saya terangkan.
Hari Sabtu yang lalu, saya telah pergi menonton bola sepak di stadium. Ya. Di stadium. Loser macam saya tak pernah masuk stadium. Hatta untuk menonton konsert sekalipun. Maka, terciptalah sejarah saya masuk stadium.
Tujuan saya masuk stadium adalah untuk menemani rakan saya menonton perlawanan bola sepak di antara Harimau Muda menentang KL PLUS. Rakan saya datang dari Perak semata mata untuk menonton perlawanan ini kerana adik beliau berada di dalam skuad Harimau Muda.
Saya yakin ramai yang tidak tahu, Harimau Muda merupakan pasukan yang berada di Liga Perdana, manakala, KL PLUS merupakan pasukan di dalam Liga Super. Dan untuk menambahkan lagi jurang ini, Harimau Muda dibentuk untuk pemain bawah 19.
Cukuplah mengenai latar belakang pasukan. Sekarang mari melihat kepada perlawanan.
Menonton bola sepak Malaysia, kita kena buat macam tonton cerita Melayu di panggung. Jangan la mengharap tinggi sangat. Jangan la mengharap ada gelecekan dari tengah padang hingga ke depan pintu gol macam Messi selalu buat. Ataupun rembatan padu luar kotak penalti macam Abang Gerrard. Ataupun tandukan penuh berhemah dan tawadhuk macam Brader Rooney.
Separuh masa pertama di kuasai dengan baik oleh Harimau Muda. Penguasaan tengah yang baik, serangan yang terancang, taktikal yang tinggi serta di bantu oleh spirit kemenangan first leg (apa term bahasa melayu untuk perkataan ni ha?) di tempat lawan banyak membantu mereka. Di pertengahan babak pertama, mereka berjaya menjaringkan sebiji gol hasil thru pass yang menarik dari tengah. Taktikal yang jitu ditujukkan. KL PLUS hampir di ayam kan.
Masuk separuh masa kedua, entah di mana silapnya, Harimau Muda hilang fokus. Passing pun mula menjadi passing standard Malaysia. Ful Bek-Bek Kiri-Bek Kanan-Keeper. Bila kena serang, defend kucar kacir clear bola. Stiker KL PLUS yang mulanya useless dan terdesak, mula berfungsi.
Hasilnya? 3 bijik dari KL PLUS pada separuh masa kedua.
1-3, itulah kesimpulannya.
Game masih macam tu. Tak jauh beza. Depan gol pos, tendang ke laut juga. Clear bola macam nak main batu seremban. Bila score, selebret tak ingat.
Tapi ada juga yang aku kagum. Norhafiz Zamani Misbah misalnya, ketika ahli pasukan yang lain sibuk sibuk lari beramai ramai ke bucu padang selebret gol ke tiga, dia tenang je aku tengok pergi ke coach tanya next strategi macam mana.
Itu orang panggil pengalaman.
Baiklah. Mari lihat penonton pula.
Ini adalah home turf bagi Harimau Muda. Kawan saya bagitahu, Melaka jadi home turf sebab kat Selangor semua stadium dah penuh. Maka Melaka lah yang terdekat.
Oh. Tahukah anda tiket masuk adalah percuma? Tak tahu lah saya free sebab kawan saya ni ada kabel ataupun memang free. Stadium hampir kosong. Kalau jerit boleh bergema.
Maka adalah seorang orang Melaka ini. Yang tak tahu malu. Yang tak beradab. Terjerit jerit ayat yang menjadi title post aku hari ni. Sangat meng annoy kan. Siap maki maki ref lagi. Macam mana aku tahu dia orang Melaka?
Cara dia sebut 'lahanat'. Bukan oang Melaka tak boleh sebut macam dia sebut. Heh.
Lepas habis game ni. Aku terus tekan 140 dari Stadium Hang Jebat ke Subaidah MITC untuk tengok game bola sepak sebenar.
5-0 !!
Glory Glory~
.
Monday, February 8, 2010
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
kesan tapak kaki
About Me
- macha_sezs
- muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..
17 comments:
awal2 tahun ni x payah buang masa tengok dorang main.baik tumpukan perhatian aturcara kan sukan budak2 sekolah rendah.gua sokong rumah merah.
dah...aku baca tajuk pon dah ajar aku mencarut
haha....bola sepak malaysia selalu macam tu..yang kalah akan menang pada second half..biasalah, hero mesti kena kalah dulu..
asah lg skit bakat, ley ganti lucy kat sokernet... hoho...
aku ni jam pun dah pandai sebut lahanat dengan makhraj yang betul.
aku mmg nk salahkan org melaka!~
ha ha.
.
bole jadi juruhebah bolaa..hahaha..ingtkan apa ada pada tajuk td..cehh
cam hampeh. tajuk beria tapi entry mengalahkan Hasbullah awang!
tetibe aku no komen. hahahah
zairi,
haha..ni pun gua tak sengaja pergi tengok..dalam tv pun gua payah nak tengok bro..
gua rumah temenggung!
lifesaver,
maaf.maaf.tak baik untuk mak buyung.hehe~
jo,
diorang ni banyak sangat tengok cerita hindustan gua syak.
haha~
crazy,
gua dengar pipi nak letak jawapan. pe cer babe?
L.
hahaha~
tasekM,
tapi yang ni kan kak, memang pior punya cara dia sebut tu..hahaha~
ezzati,
haha..tajuk aku sentiasa takde kene mengena dengan entry..
kecik,
hahaha. welkam bek babe!
.
masy,
hehe..aku faham..aku faham..haha~
pipi bz wat esemen la weyh...
lu nk jadi hasbullah awang ke?
detail lu cerita
first leg = kaki pertama? huhuhu
camne orang melaka sebut lahanat ah? aku pun tak pat sebut ngan betul. buat malu kaum gak aku ni. hahaha
yg sampai 3 own goal tu ke?
boring...
"lahanat" tu ada tak sebutan yang macam DD buat?
hahaha
crazy,
hahaha.nak bekap pipi lagi tu..loserrrrr
wahaha~
siggy,
sebelum aku tulis ni, aku ter baca sokernet. tu yang jadi macam ni. haha.
nani,
ko orang melaka ke?
imso,
kau team loser mana yang ko sokong?
heh.
jirah,
aku tak penah dengar pulak DD sebut. lain kali aku nak dengar dia sebut. haha~
.
ye, hafiz zamani!!. dulu aku kenal die la..skang cam tak kenal sgt. hoho
Post a Comment