Aku tak kerja berdasarkan apa yang aku belajar dulu.
Aku tak kerja dengan apa yang aku minat.
Aku tak da masa untuk buat benda2 yang aku suka.
Aku tak da masa untuk buta benda2 yang aku bayangkan aku boleh buat lepas aku kerja masa aku belajar dulu.
Aku tak da masa nak keluar dengan kawan2.
Aku tak da masa untuk diri sendiri
Aku masih gagal untuk happy kan mak aku.
Aku gagal mendidik adik2 aku.
Aku tak tahu bila aku akan masuk meminang awek aku.
Aku masih belum ada simpanan.
Aku kerja gila babi
Aku kerja penat otak penat badan
Aku kerja tak ikut masa
Aku fedap dengan hidup aku sekarang.
Sekian.
.
Saturday, November 19, 2011
Tuesday, October 11, 2011
Dilema penduduk flat
Salam bertemu kembali.(kah kah kah!)
Sejak duduk flat ni, aku dapati ada beberapa masalah yang acapkali(wtf acapkali?) melanda penduduk2 di flat. Masalah yang ingin aku kupaskan kali ini adalah;
Dilema Membuang Sampah.
Selalu sangat dah keluar iklan iklan bangang dari kementerian supaya kesedaran penduduk flat dapat dipertingkatkan supaya tidak membuang sampah sesuka isi perut mereka dari tingkap kediaman.
Ini adalah kerana .....ah cilake.takkan la mende cenggini ni pun aku kena pikirkan ye dak?
Tapi sebagai orang kerja kilang jepun/cina maka aku diterapkan oleh pemikiran 5why.
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Kenapa?
Side-side gomen kalau ada budaya cenggini gua rasa kita dah lama maju dah dari Ostolia nun.
Maka hasil dari ke-kenapa-an tadi. Aku membuat kesimpulan bahawasanya, masalah ini terjadi kerana,
Sistem Perudaraan Lif yang Tidak Betul!
Kenapa?
Apa barang nak angkut sampah busuk2 dalam lif bersama2 awek comel dari tingkat 13 ke ground floor ye dak? Apa pikap line yang paling sedap time2 macam ni?
"Err..hai, saya dah buang sampah hari ni.. awak pulak?"
Kalau sistem perudaraan lif betul, bau pun takde. Sedap la sikit nak mengayat seround dua ye dak?
Angkat sampah macam dumbell misalnya.
Okela. Terima lah gambar sekeping dari kilang gua.

diorang punya puak :
aku dan keseriusan aku,
kemerepekan,
kerjakerjakerja,
mereka disekeliling ku
Wednesday, June 1, 2011
Jalan Belakang
Mulut kepit tiket, tangan kiri gulung lengan baju belah kanan. Gaya abang abang.
******
Keluar dari rumah....
Ok.Bukan rumah. Keluar dari lif menuju ke motor. Motor pinjam belas ihsan rakan ini sudah hampir 3 minggu aku gunakan. Semalam habis minyak aku tak perasan. Nasib dah dekat dengan kilang. Tapi itu cerita semalam. Cerita hari ini aku nak pergi ke Balakong. Kenapa Balakong? Jangan banyak tanya. Aku mahu ke Balakong tapi aku tak tahu jalan. Dan berbekalkan sebuah skuter, aku tak rasa aku mampu pergi Balakong dengan skuter tersebut.
Jadi dari flat tempat aku berteduh ini, aku menuju ke stesen KTM Padang Jawa. Ikut jalan belakang. Tak perlu keluar pintu besar, tak perlu jumpa anjing 5-6puluh ekor, tak perlu cium bau kilang plastik.
Ikut jalan belakang, nama pun jalan belakang, mana pernah luas. Percaya lah. Semua jalan belakang sempit. Lainlah kalau kau pornstar, mungkin luas. Eh eh.
Jalan belakang yang satu ini, penuh bumper kecil kecil.
5 meter, bonggol.
5 meter, bonggol.
Aku melalui jalan ini dengan penuh kesabaran. Hujan yang masih renyai renyai peninggalan dari hujan lebat awal pagi tadi meninggalkan lopak lopak air. Nama pun jalan belakang. Lopak lopak air yang ada sungguh tak menawan. Jalan pun sempit. Kiri aku dinding zink kanan aku hutan. Lebih kanan lagi jalan keretapi. Kelihatan ada yang mengambil daun pisang. Mungkin untuk bungkus esok punya nasik lemak. Sambil melihat, aku brek.
Bonggol.
Depan sikit dari orang ambik daun pisang, ada rumah rumah yang aku tak pasti kenapa boleh ada kat situ. Rumah teres sederet itu betul betul tepi landasan. Kalau tak silap aku, pernah juga masuk paper ada orang mati kat area sini terlanggar komuter. Ya, dia terlanggar komuter. Pandang, pandang juga, kenang, kenang juga, brek tekan juga.
Bonggol.
Ada dalam 10 meter, dari kejauhan aku nampak seorang awek berjalan. Berpayung. Berbaju kurung dan membelakangkan aku. Dari jauh, ternampak keayuannya. Aku memang tidak segan silu terliur kalau awek berbaju kurung ni. Tapi terliur aku dalam hati lah. Lenggang, lenggok. Lenggang, lenggok. Lenggang, lenggok. Aku syak dia ni memang spesis awek Melayu yang pupus gamaknya. Lagi sekali, lenggang, lenggok. Lenggang, lenggok.

Mulut kepit tiket, tangan kiri gulung lengan baju belah kanan. Gaya abang abang. Tapi ponggong sakit siapa yang tahu.
diorang punya puak :
sukasuki
Thursday, May 12, 2011
Masih ada yang sayang
Ini adalah sebuah entry autopublish. Aku menulis pada pukul..jap...jap......orait. 10.10pm.Tepat.
Esok dah mula balik kerja. Walhal arini pun aku pegi kilang jugak. Training. Blearh. Dah nampak point nak kena marah esok ni.
Ok syadap.
Kenapa dengan tajuk yang macam mintak penampa?
Sebab ini.
to anon,
aku.....ish. tak tau la nak kata apa. terharu bebenor! ada jugak rupanya orang yang baca blog aku ni lagi. terima kasih terima kasih. Segan aku. Ish!
pengkomen yang seterusnya tu memang gay sikit. maafkan beliau.
.
hari hari nak tulis panjang lebar patah la jari jemari mulus gua ye dak? cewah! hahaha
.
diorang punya puak :
sukasuki
Tuesday, May 10, 2011
Wall of Text
Macam macam. Aku tak sangka hidup aku akan tunggang langgang macam ni. Macam macam benda jadi dan macam macam orang aku jumpa. Pada aku this is the period of time yang aku rasa aku belajar dengan paling rapid sekali. Tumbesaran tulang paling cepat pada kanak-kanak, tapi tumbesaran mental pada aku adalah pada masa kau orang mula mula kerja. Believe me kids! Bercerita benda yang dah berlaku pada aku adalah amat tak menarik untuk korang dengar. Silap2 fawaz aku datang kutuk aku dengan meriahnya ( which actually i miss it). Terlalu bnayak benda yang aku rindukan. Aku rindukan masa bersenang lenang. Masa aku boleh setelkan masalah aku satu demi satu. Aku yang sekarang hammpir kepada tak mampu. Setiap masa kerja kerja kerja. Menjadikan aku sangat jeles dengan orang yang kerja gomen. Maaf cakap. Orang gomen pastinya akan marah dengan statement aku ni. Aku tau. Tapi pecaya lah. Setakat ni telahan aku terhadap kerja tak pernah salah. Dulu aku dapat kerja yang teruk. Kerja gasar orang kabor. Dan aku pindah ke kerja yang lebih mesra alam. Keputusan yang aku buat, pada aku betul. Ok ok. Separa betul. Much more better pay. Much much more. Ok shadap.
Aku kena tengok macam mana nak kembangkan, majukan lagi hidup aku. Sampai bila nak kerja siang malam macam ni? Tak de ke kerja yang aku boleh balik sharp pukul 5, tapi gaji macam sekarang? Ada? Aku punya kawan nama Harlina. Sangat berjaya. Masa dia mula mula kerja dulu, aku selalu tengok kat fesbuk dia yang dia selalu merungut. Now i understand why. For the record Hark, i am sorry for teasing u at that time. Money wasnt always the main thing.
Aku jumpa banyak blog budak2 baru sekarang. Tapi entah kenapa aku rasa macam tak true langsung cara diorang tulis. Aku pun tak bagus mana. Tapi aku rasa bosan dengan tulisan budak budak. Macam mana nak buat duit dengan blog? Mudah. Ko update tetiap hari. Ko tengok kakdi pun cukup la. Selain dari carutan dia yang konsisten, update pun kosisten. Fans tak lari, hater pun tak lari. And shes been doing that for how long? Go check her archive fella.
Menulis makin lama makin susah. Entah kenapa. Semua dalam kepala tapi nak dititipkan ke jari cukup payah. This disability cukup menyedihkan aku. Tapi aku memang banyak benda nak cerita tapi aku tak boleh cerita atau cant make up the word atau memang aku tak boleh cerita. Menaip panjang panang merupakan satu perkara yang makin berat. Blog aku tak pernak ilmiah. Tapi untuk aku terus mengisikan perkara yang makin tak ilmiah adalah berat. Mengisi benda yang ilmiah seraya membuatkan orqang makin berfikir lagi la payah. Entah kenapa. Cerita yang aku nak sampaikan tak pernah sampai. Atau aku rasa tak cukup kuat untuk aku sampaikan.
Jadi kenapa aku menaip jugak hari ini?
Isi tak ada. Tajuk merepek. Typo bersepah. Grammar berterabur. Storyline takde.
Jadi kenapa aku menaip hari ini?
Sebab AKAB komen status aku.
Manusia menulis dan berubah. Dan manusia juga berubah dan menulis.
Subscribe to:
Posts (Atom)
kesan tapak kaki
About Me
- macha_sezs
- muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..