Wednesday, June 1, 2011

Jalan Belakang

Mulut kepit tiket, tangan kiri gulung lengan baju belah kanan. Gaya abang abang.

******

Keluar dari rumah....

Ok.Bukan rumah. Keluar dari lif menuju ke motor. Motor pinjam belas ihsan rakan ini sudah hampir 3 minggu aku gunakan. Semalam habis minyak aku tak perasan. Nasib dah dekat dengan kilang. Tapi itu cerita semalam. Cerita hari ini aku nak pergi ke Balakong. Kenapa Balakong? Jangan banyak tanya. Aku mahu ke Balakong tapi aku tak tahu jalan. Dan berbekalkan sebuah skuter, aku tak rasa aku mampu pergi Balakong dengan skuter tersebut.

Jadi dari flat tempat aku berteduh ini, aku menuju ke stesen KTM Padang Jawa. Ikut jalan belakang. Tak perlu keluar pintu besar, tak perlu jumpa anjing 5-6puluh ekor, tak perlu cium bau kilang plastik.

Ikut jalan belakang, nama pun jalan belakang, mana pernah luas. Percaya lah. Semua jalan belakang sempit. Lainlah kalau kau pornstar, mungkin luas. Eh eh.

Jalan belakang yang satu ini, penuh bumper kecil kecil.

5 meter, bonggol.

5 meter, bonggol.

Aku melalui jalan ini dengan penuh kesabaran. Hujan yang masih renyai renyai peninggalan dari hujan lebat awal pagi tadi meninggalkan lopak lopak air. Nama pun jalan belakang. Lopak lopak air yang ada sungguh tak menawan. Jalan pun sempit. Kiri aku dinding zink kanan aku hutan. Lebih kanan lagi jalan keretapi. Kelihatan ada yang mengambil daun pisang. Mungkin untuk bungkus esok punya nasik lemak. Sambil melihat, aku brek.

Bonggol.

Depan sikit dari orang ambik daun pisang, ada rumah rumah yang aku tak pasti kenapa boleh ada kat situ. Rumah teres sederet itu betul betul tepi landasan. Kalau tak silap aku, pernah juga masuk paper ada orang mati kat area sini terlanggar komuter. Ya, dia terlanggar komuter. Pandang, pandang juga, kenang, kenang juga, brek tekan juga.

Bonggol.

Ada dalam 10 meter, dari kejauhan aku nampak seorang awek berjalan. Berpayung. Berbaju kurung dan membelakangkan aku. Dari jauh, ternampak keayuannya. Aku memang tidak segan silu terliur kalau awek berbaju kurung ni. Tapi terliur aku dalam hati lah. Lenggang, lenggok. Lenggang, lenggok. Lenggang, lenggok. Aku syak dia ni memang spesis awek Melayu yang pupus gamaknya. Lagi sekali, lenggang, lenggok. Lenggang, lenggok.

Bonggol.






******
Mulut kepit tiket, tangan kiri gulung lengan baju belah kanan. Gaya abang abang. Tapi ponggong sakit siapa yang tahu.

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..