Wednesday, September 8, 2010

1Malaysia: Satu Kegagalan

Entry ni aku taip lepas sahur dalam area minggu lepas.

+++++

Ya. Tak syak lagi. Walau apa pun yang cuba barisan Najib cuba pertahankan, cuba terangkan, cuba asimilasikan ke dalam kepala otak rakyat Malaysia dalam konteks 1Malaysia. Ia gagal.

Akui sahaja. Tak perlu berdolak dalik. Terang lagi bersuluh kegagalannya. Masa di awal pengenalan 1Malaysia, ramai yang sudah memandang perkara ini dengan sinis. Ia memang perkara biasa setiap perdana menteri baru membawa satu misi baru untuk negara. Mahathir dengan Wawasan2020 nya, Pak Lah dengan Islam Hadhari nya dan kini 1Malaysia.

Sebelum entry ini pergi dengan lebih jauh, suka penulis terangkan bahawa penulis yakin bahawa penulis bukan seorang rasis. Emak penulis mempunyai sebuah kedai di mana kebanyakan barang dari kedai beliau ketika mula di buka dahulu dihutangkan oleh seorang pemborong Cina. Siapa kata Cina hanya mahu tolong Cina dalam berniaga? Cina pemborong yang seorang ini tidak. Dan penulis adalah seorang India Muslim. Nenek sebelah ayah datang dari Pakistan dan datuk sebelah ayah datang dari India dan bertemu di Malaya sebelum berkahwin di sini. Walaupun penulis tidak tahu langsung bahasa Tamil, itu adalah bahasa rasmi di rumah nenek. Penulis juga tidak pernah terlintas sesuatu perkara hanya di lakukan oleh kaum tertentu sahaja misalnya,

Pukimak sape bawak kereta macam ni jalan mak bapak dia punya ni? Mesti cina ni.

Haram jadah punya keling main press motor sampai 2-3 pagi.

Tak. Tak pernah walau sekali.

Kembali kepada 1Malaysia. Kenapa gagal? Kita kembali kepada dasar pengenalannya. Siapa yang memperkenalkannya? Dari parti mana beliau?

UMNO itu sendiri memperjuangkan bangsa. United Malays National Organisation. Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu. Sejarah UMNO cukup untuk membuktikan betapa tebalnya semangat keMelayuan dalam parti itu. Onn Jaafar cukup tahu masalah ini. Kalau tidak masakan subjek sejarah menjadi lebih susah kepada pelajar tingkatan 4 dan 5. Kenapa Onn, selaku presiden pertama, yang secara amnya mengasaskan UMNO, sanggup melepaskan jawatan beliau di dalam parti lantas membentuk Parti Kemerdekaan Malaya? Maka teranglah, dari situ lagi sudah berakar umbi, perjuangan UMNO, dari atas sampai ke bawah, berpaksikan bangsa. Bangsa Melayu.

Jadi tidakkah perkara 1Malaysia ini dipandang sebelah mata dari kaum kaum lain?
"Yeah rite you orang punya one Malaysia, Melayu jugak yang important nanti. Believe me dude. You'll see."
Kata seorang kawan penulis. Ada sedikit rasis di situ. Tapi penulis merasakan apa yang dikatakan beliau, kalau berdasarkan sejarah politik negara, ya, memang betul.

+++++

Lepas tu aku tertidur dan malas nak sambung sampai sekarang.

.

13 comments:

helomynameisjaye said...

uishhh deep.

otak masih memproses.~

makwe joni said...

cha..cha..cha
lu slalu saja bikin entri-entri luar alam..

kalu gua cekgu sekolah, memang gua bg 100 markah saja

paiseh said...

gua baru nak seriau2~

macha_sezs said...

jay,
yah.perut juga.sedang proses sahur tadi.


citah,
lu kalau puji gua memang nak kasi gua blushing la.

tq.

macha_sezs said...

Seh,
Sejak bila entry gua seram nih?


.

hanie said...

melayu dapat hak istimewa. sb tu adelah antara content utama perlembagaan malaysia. kalo idak..kita pulak la yg merempat di negara sendiri kang..


cha..selamat hari raya! :P

jo said...

ni nak masuk pertandingan apa ni?
selamat hari raya macha!

Anonymous said...

ok...lepas ni boleh sambung cerita raya..lemang..semperit je...crita 1malaysia kita tinggalkan dulu.

crazy_labelle said...

protes sbb xdapat baju raya baru ke?

macha_sezs said...

jo,
sekali sekala tulis serius2 tak semestinya nak masuk peraduan la.



fndrocka,
spirit raya tak mari lagi ni brader.apecer??

haha


crazy,
hahaha. aku yang rejek la.


.

Fyza d.Hana said...

macha.. macha.. hehehe..

selamat hari raya cha..

Siti Noor Aminah said...

aku suka tun mahathir. bijak, berwawasan. dan aku suka kak leha. nak laksaaaaaaaaaaa.....

selamat hari raya.

majin 007 said...

oooo.. baru skrg ak tau hg sape cha...hahaha dude... superb hehehe

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..