Friday, August 27, 2010

Tazkirah hari ini

Kadang kadang, Tuhan ni duga kita dengan macam macam cara. Terpulang pada kita untuk sedar diri sebagai hamba Nya atau tidak. Kadang kadang, dia duga kita dengan cara yang kita tak sangka. Misalnya bila kita langgar perintah Nya, lagi dia limpahkan kita dengan rahmatnya. Dia limpahkan kita dengan kesenangan.

Contoh macam kita mula mula nak belajar puasa masa kecik kecik dulu. Dah tengahari tu kemain lagi panasnya. Tekak dahaga ya amat. Bukak peti sejuk, nampak air oren bebuka semalam. Deguk deguk minum. Dan dan la mendung. Dan dan tu la panas membahang tadi hilang. Auto rasa bersalah. Rasa menyesal. Kan?

Tu budak budak la. Orang tua sekarang aku tengok pukul 12.30tghari lagi dah datang kedai aku cekau 100plus botol besar dua dan Dunhill sekotak.

Geleng kepala je la aku sambil cakap,










Semua sekali 16ringgit 5posen bang.





.

6 comments:

ashraf sahdan said...

orang macam tu, senang je nak ajar..cakap macam ni..



'bang, duit syiling ada? kitorang kurang syiling la'

helomynameisjaye said...

mana butang like?

tasekM said...

aku tu hr pun nampak dua tiga ekor bapak budak isap rokok time aku sidai kain baju. selamber. haih...



.

Cik Ubi said...

seb baek aku x nampak ag..uish..na tgk gak!

amoi said...

apa mahal sangat sekotak rokok dgn dua botol besar 100plus?

T.T

SitiMashitahSaidin said...

100+ (+) panas2 nih?? = peh!

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..