Tuesday, August 3, 2010

Media Cetak Melayu Malaysia: Sebuah Entry Serius

Hampir sebulan aku "bekerja" di kedai Cik Leha. Maka hampir sebulan juga aku menghadap surat khabar mainstream berbahasa melayu. Setiap hari. Tanpa miss. Utusan, Metro, Berita Harian, Kosmo, dan Sinar. Hampir setiap helai aku selak. Setiap tajuk menarik aku baca. Pada aku media cetak Malaysia memang bermasalah. Semua orang tahu betapa biasnya Utusan dan Berita Harian. Terdapar satu artikel dalam Berita Harian pada hari Ahad (Berita Minggu) lepas membuat sedikit ulasan mengenai buku yang mengkisahkan setahun pemerintahan Najib, Najib, Beginning of a legacy; Commemorating One Year As Prime Minister of Malaysia.

Buku buku yang seperti ini pada hemat aku biasa diterbitkan. Menjelaskan beberapa dasar yang baru diperkenalkan. Membuktikan pertaruhan yang diambil oleh kerajaan semakin menampakkan hasil dan sekian sekian sekian. Ini buku biasa. Biasa dikeluarkan dan biasa dipasarkan. Boleh didapati di semua toko toko buku utama. Berbalut plastik dan harganya, aku tak pasti, tak pernah beli.

Jadi apa yang aku kondemkan sangat dengan artikel ulasan yang di buat oleh Berita Minggu?

Kemelampauan.

Kebodekan yang melampau. Menyesal pula aku tak ambik gambar artikel semalam. Boleh buat rujukan. Maka sekadar apa yang aku ingat.

Dalam buku tersebut, terdapat beberapa gambar yang melibatkan Najib. Daripada kata penulis artikel, terdapat gambar Najib bersama sami Budha berbual bagaikan dua kawan lama yang telah lama terpisah, dan terdapat juga gambar beliau sedang memandu jentolak (kalau tak silap aku, tapi some sort of machine membajak la kot) yang bisa membuatkan pembaca meruntun sedih.

Sekarang aku nak tanya. Celah mana membawa jentolak/pembajak/heavy machinery sebagai sesuatu yang menyedihkan? Bagaimana sekeping gambar yang aku rasa mungkin masa itu Najib sedang merasmikan majlis pecah tanah, membawa kepada menitiknya air mata pembaca?

Kewartawanan, bagi aku, adalah menulis sesuatu yang sedia ada. Bukan menulis sesuatu yang di ada adakan. Rakyat semakin maju, semakin bijak. Tulisan yang seperti ini hanya akan menambahkan mual kepada pembaca.

Kepada mereka yang tidak mahu membaca berita dari sebelah pihak sahaja, aku syorkan Sinar. Walaupun dilihat sebagai akhbar kelas kedua, Sinar sekurang kurangnya cuba memberi adil di dalam berita berita yang dimuatkannya. Dalam satu muka surat, ada pembangkangnya, dan kerajaannya dalam satu satu isu. Maka pembaca dapat melihat rasionalnya perkara perkara yang dibincangkan. Menimbang baik buruknya mana mana pihak.

Sedikit contoh di dalam Sinar hari ini (Isnin)

“Seperti yang kita tahu, BN kalah di Perak tetapi selepas itu mereka berjaya mengambilnya semula. Itu juga menunjukkan pucuk pimpinan UMNO sekarang tidak dapat menerima kekalahan dan tidak akan mengikut undang-undang,” - Zaid Ibrahim, dalam artikel bertajuk BN tidak bersedia hadapi PRU-13

Tapi pantas di-balance-kan dengan kenyataan yang dibuat oleh MB Perak dalam artikel sebelahnya yang menyatakan akan membentangkan setiap sen yang digunakan oleh kerajaan negeri pada Sidang Dewan Undangan Negeri esok.
"...Beliau berkata, penjelasan secara terperinci juga akan diberikan mengenai setiap sen wang awam yang sudah dibelanjakan sepanjang tahun ini...."

Maka ini, sekurang kurangnya, membuatkan pembaca berfikir, "Walaupun BN tidak akan mengikut undang undang, mereka masih mampu memberikan penjelasan terperinci setiap sen yang digunakan mereka."

Ke macam mana?






.

14 comments:

h a n i e said...

kahkahkah..bawak mesin bajak buleh menitik air mata..kot kalo bawak backhoe..tak tau la apa pulak yang menitik..

haihh..

Fadh said...

sungguh...inilah entri pertama yg lu tulis yang gua kira...boleh diterima oleh akal gua hahahhaa

tasekM said...

bawak mesin bajak pun tak menitik ayor mata adalah sgt letih, kan...? kita pakai sependa koyak pun steady je ye dak...?

utusan. berita. mmg sgt membodek.

nk kasi neutrla kena baca keadilan. harakah.

dan aku setuju. sinar adalah tengah2.



.

macha_sezs said...

hanie,

meh saya teka. hingus?
keh keh keh




fadh,
gua juga rasa begitu.
hahaha




akak,
hish.itu toksah le kabor ke orang akak nye..hahaha

tu pegi reply komen kat blog akak tu cepat.
ehehe~


.

rosemyn said...

cha,dgn penuh rendah diri daku ingin mengatakan daku setuju ngan entri mu yang satu ini cha..

(peh! skema lak aku pagi nih!)

dah cukup mual dah ngan akhbar2 bias nih...

GaDis CoMeL said...

haha.wartawan pun dah tak reti menulis.jadi biar blogger yang buat kerja wartawan.

helomynameisjaye said...

menyampah baca paper bias.baik takya repot.berita pon sama.


entry membuka mata baidewei ;0

makcikorange. said...

aku rasa aku dah lama tak baca entri macam ni dari kau weh, haha.


politik malaysia ni, tak kemana pun, pi mai pi mai tang tu gak.haih.

macha_sezs said...

rosemyn,
kalau buat boikot agak2 buleh bankrupt tak paper2 ni?

heh.



gadis comel,
sokong.hahaha~




jay,
"entry membuka mata baidewei ;0"

baru ko perasan aku bukan bimbo????
*kibas rambut*

ekekeke~




makcik orange,
err...penah ke aku tulis entry macamni? hahaha~

paiseh said...

lu pun. apa salahnya ampu gua jugak skali skale~

macha_sezs said...

paiseh,
dengan nada tegas gua berkata,

"untuk apa?"

Bird said...

Aku tak kisah paper apa asalkan sedap dimakan.

ashraf sahdan said...

padu, padu.

'gua rasa politik ni bukan benda yang seksi' -thom yorke.

Masy said...

mebi bawak bajak tu kisah paling sedih la utk wartawan tu. mebi dia ade sejarahnye tersendiri dgn mesin bajak tu. demmmm

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..