Tuesday, February 9, 2010

Part 2: Lawatan seorang Entrepreneur ke Melaka

Part 1 dekat sini.

Dah nak semester akhir ni, aku tengok sorang sorang kawan kawan aku berjaya. Yang dulu kantoi fly sekarang dah jadi Exec. Yang dulu kena kutuk sebab telinga dia capang pun pun dah jadi Exec.

Tapi kali ni aku bukan nak cerita pasal Exec. Aku nak cerita pasal sorang kawan aku yang jadi Usahawan.

Dia ni dulu, nak kata bebal sangat tak la. Nak kata bijak sangat pun tak jugak. Biasa biasa la dalam sekolah aku tu. Tapi masa dia tingkatan empat kalau tak silap aku, dia kapel dengan sorang minah yang pandai. Minah ni kalau dalam periksa, mesti dapat nombor tinggi tinggi dalam tingkatan. Kalau nak tengok nama sendiri senang je, check dari atas.

Dan mamat ni plak, masa dia mula mula kapel dengan minah ni, dia nombor tengah tengah je. Nak cari nama sendiri masa list keluar kemain payah lagi.

Tapi dia pasang azam. Dia takkan lagi rendah dari awek dia.

Dan menjelang tengah tahun, dia boleh dapat top20 daripada 100lebih budak batch aku.

Ini kanak kanak sekalian, kita panggil, menggunakan istilah 'couple' dengan betul.

Masa aku tahun tahun awal ambil degree dulu, aku dengar mamat ni drop diploma. Aku heran juga. Dulu pandai, apsal sekarang diploma pun tak lepas??

Tak lama lepas tu. Aku dengar dia dah bukak bisnes.

Pulakkk..bisnes pulakk..lantak kau lah labu..

Aku tak pernah bersembang dengan dia sejak abes sekolah dulu. Sampai lah hari jumaat lepas ada orang cakap dia cari aku sebab nak datang Melaka. Lepas mesej ala kadar, kami jumpa, dan berlaku lah entry ini.

Sepanjang itu, aku tanya juga dia buat apa sekarang. Dan cerita dia, membuka mata dia kepada satu lagi cabang rezeki dalam dunia.

Lepas dia drop diploma, dia bukak bisnes labu sayong. Ya, dia orang Kuale Kangsor. Mula mula, dia sewa tapak kecil dan gaji pekerja. Dia gerak cari sale, cari customer. Manage sendiri duit masuk keluar. Dan daripada kecil tu, dia sekarang ada company sendiri, Ewalk Enterprise. 5 orang pekerja dan mungkin bertambah lagi.

Cara kerja dia memang rilek. Hujung bulan mesti kena ada 3ribu untuk bayar duit pekerja. Dan sepanjang kompeni dia ditubuhkan, dia tak pernah miss. Kalau dia rasa nak jalan, dia jalan, kalau rasa nak kerja, dia pergi buat show.

Mula mula dia kerja dalam bidang ni, dia kata memang susah. Setakat customer order lepas tu tak ambik perkara biasa.

Dan sekarang, lepas 3 tahun, kompeni dia dah stabil, dan hujung tahun lepas dia dah besarkan kilang dia. Pengeluaran produk cecah 1-2ribu pieces setiap bulan. Dan dia akan mula melebarkan sayapnya ke Sabah dan Serawak pula dalam bulan 3 ni.








Semua ini, dan dia 23 tahun.

16 comments:

Chaireel Azizee Mohamed @ Ayub said...

gempakkkk...baru 23 tahun da ada bisnes sendiri..da ada kilang sendiri...

**cuma mampu nak admire**

crazy_labelle said...

xsume org ade luck camni...
mse naik mmg la indah... tp jatuh nnti?
mende2 ni stiap mase berdepan dgn risk...

sbb tu mama ak pesan, belaja tinggi2...
mende tu je yg xkan terlepas dr kite...

eh 23 eyk? single ke? kim salam skit, kate bdak baik hati kim salam... huhu...

ezzati said...

mudenyaaaaaaaaaa dah kayo

Anonymous said...

wow!!!sangat bertuah

kaxx said...

oh. lebih kurang macam cerita hidup aku lah. bezanya aku tak jatuhkan diploma. tak buat bisnes-bisnes. tak jadi tak kaya.

helomynameisjaye said...

rezeki ada dimana2.itu pengajarannya.cumanya with education, you can achieve more and more and mooooreeee...sekurang2nya bijak sikit lah.

Anonymous said...

kak shima dengan ewalk.
kan? thehehe.

oh, hebat ewalk skg. bapak ah!

siggplus said...

bagus la macam ni

gua suka tengok kawan2 gua berjaya

nnt boleh tumpang kekayaan dia..heh

missy said...

errr..nak ty, tp segan..

pst..pst..

dia dah berpunya belum?

hikhik *gelak gatai!*

Nani Aziz said...

kaxx, jadi apa persamaan kau dgn kwn macha ni?

cha, kwn kau sungguh hebat!

Anonymous said...

asal ko tak reply komen aku?
kecik hati tahu?
cis

macha_sezs said...

chaireel,
sama lah kita,

**cuma mampu nak admire**


crazy,
jangan la negative sangat babe. ko jadi sofware eng nanti pun ada risk jugak. kompeni bengkrap misalnya.

:)

just my pov.


ezzati,
yup. esok2 maybe die buleh laksanakan cita2 ko yang ko tulis kat homepage blogspot ko tu. hehe.



lifesaver,
harap2 lepas ni tuah aku pulak kak..hehe~



kaxx,
haha.celah mana yang sama nye kalau macam tu?





.

i'msosupernotcool said...

gua pon nak tanya..

dia da berpunya belom?
cis gay!!
haha

bdk dpn pc said...

pengusaha labu sayong yg berjaya...!!!

ko nk jd pengusaha ap plk macha??

macha_sezs said...

jay,
sokong!




shax,
kau pun apa kurangnya. makin femes aku tengok. haha.




siggy,
sejak bila kawan2 aku jadi kawan kau?

haha~




gsp,
huh!





nani,
ko jangan amek port sangat ayat kaxx tu..

huhu~





shax,
ish budak ni. ni aku reply la.

haha~



imso,
hahaha~

ni aku nak tanya, cane ko leh amek shax ni tulis untuk ko? minah ni badan pun kepeng lagi.

haha~




bdk dpn pc,
pengusaha anak ayam la. aku dengar macam senang je. hahaha

kata nak add ym aku. bila?
heh.



.

harlina said...

eh macha sape lak yg x jd fly 2? asal aku x tahu eh

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..