Thursday, December 24, 2009

Setengah Jam Di Mekdi

Masa aku makan Prosperity sorang sorang semalam, aku pilih seat paling A untuk perhatikan manusia manusia disekeliling aku di dalam Mekdi itu.

Sirius, manusia dalam Mekdi amat menarik untuk diperhatikan.

Mari lihat beberapa contoh.

Satu famili disebelah aku yang terdiri dari seorang bapa berumur 50-an, seorang anak lelaki yang berumur dipertengahan 20-an dan si adik perempuan yang berumur awal 20-an sedang berbincang mengenai siapa yang mengigau paling teruk. Ya. Mengigau. Si Abang berkata,

"Why do you scream so fucking loud last nite?"

"Really?? What sound that i made?"

"AHhhhhHh..aahhhHHhhhh..ahhHH~"

Aku tak tau la budak perempuan tu mengigau ke apa. Heh.


Kemudian di tepi belah sana ada pula seorang budak yang datang dengan emaknya dan berjalan macam nak shuffle di tengah tengah orang ramai. Jahanam budak budak sekarang.

Line di tempat tangki sos pula panjang dengan manusia yang sedang menunggu seorang Ah So yang kemain payah nak menekan tombol sos tu. Dan belakang Ah So tu, sepasang kapel, tak reti reti nak tolong Ah So tu.

Sebut tentang kapel, ada sepasang kapel yang tersorok sedikit dari orang ramai sedang ringan ringan. Tapi macam aku cakap tadi, seat aku paling A, boleh nampak semua orang, dan aku nampak mereka. Bila si perempuan berambut perang paras bahu itu terperasan aku pandang mereka walaupun mata beliau sedang kuyu menahan stim agaknya, sempat juga dia menepis tangan boyfriend beliau yang berada di......ah, lu orang fikir sendiri.

Kemudian ada seorang lelaki di tepi aku, pakai smart smart, duduk buka laptop dan hadap dinding. Aku jeing jeling saja laptop lelaki itu, manalah tahu beliau buka Redtube pula. Tapi malangnya beliau sedang melihat Stock Exchange, bagus bagus orang Melaka ni!

Betul betul depan aku, ada sebuah famili yang ada seorang anak kecil. Baru dua tiga bulan gamaknya baby itu. Baby mula menangis dan Si Ibu mula tak tenang nak makan. Si Bapa rilek rilek sahaja. Heh.

Dan aku, di tempat duduk paling A, tangan kanan cekau fries gulung, tangan kiri pegang burger, mulut hirup Coke dari straw, dan mata, melilau tengok orang.

Multitasking, YO!!

13 comments:

jo said...

tapi kompom dalam mekdi tu ada sorang mamat yang makan lahap, dah lak tak makan dengan makwe, sibuk tengok orang lain pulak.

hanie said...

hahahahaha...aku suka komen dak jo!

..nOj.. said...

seronok gak eh mkn sorg2... sambil mkn sambil leh ngumpat lam ati... ahahahah

Masy said...

ko bz tgk org sbb mkn sorglah ni. hmmmmm

tasekM said...

chaaaaa.... aku syak, kan. kalau sebelah ko ada awek... ko pun nak meniru kapel tu, kan?

muahahaha...

:P

ko gi mekdi mana hah? mekdi yg kita gi dulu tu yek...? kat melaka mall depan jj tu pun dah ada mekdi tau.

:)



.

alhena said...

so....analitikal :P

siggplus said...

seronok kan perhatikan org?boleh buat modal entri blog..heh

mrblind said...

mekdi melaka kodi..

|yanA Azizi| said...

hehehe..multitasking tu aku.
eh cam dah lame tak comment. cam dah tak reti la plak.T_T

pari pari syurga said...

komen edi celaka.. hahaha.


cha, mekdi mana ko pegi ni?


elehhh.. silap2 ko pun stim sama tgk kapel tu. hahahaha.

paiseh said...

pervert!
kahkahkah~

Anonymous said...

aku harap takde orang tgk ko plak

Capo Grande said...

aah kan lifesaver...agak2 ada x org tgk tuan punya blog ni pastu buat entry pasal dia tengok2 org lain....huhu...

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..