Saturday, March 21, 2009

abang nak kasi post exec.jr. kat ko..ko abes belajar call abang -bos

maaf. aku sibuk. sibuk amat. menonton cereka kegemaran aku pun aku lewat. kesibukan aku amat terserlah kali ini.

terlibat dengan pengubahsuaian susun atur amat mencabar mental serta mentaliti aku. meminta tandatangan bagai meminta sedekah. manusia tikam belakang usah diceritakan lagi. aku kerja. kau dikredit. aku di marah. kau tersenyum di sana. namun aku masih tenang. aku tak perlukan segala yang kau rasa kau perlukan. namun kalau pengakhiran itu satu yang memuaskan...aku bersyukur. mungkin tanpa sujud syukur..namun jauh di dalam..aku bersyukur..aku bersyukur aku masih hidup walaupun ditikam..aku bersyukur aku masih sempurna walaupun telah dijadikan peminta sedekah.

aku kagum. kagum dengan betapa beraninya anda menikam orang lain. mungkin sifat ini terlahir bagai semulajadi di dalam sifat anda. anda begitu yakin taktala menikam. mungkin itu nampak bagus bagi anda. tapi jangan lupa.. anda masih amatur. anda tidak sehebat apa yang anda sangka. dan saya masih disini. tanda saya masih hidup walaupun saya ditikam bertubi. tumpulkah pedang yang anda hunus itu? atau mungkin saya yang terlalu kebal?

jika saya yang kebal. maafkan saya. nampak sangat saya lebih hebat dari anda. jauh lebih hebat. amat hebat barangkali kalau mahu dibandingkan dengan anda. maka dengan itu. bersedialah untuk menerima pembalasan. saya tidak selemah yang anda sangka. saya tidak senaif yang anda lihat.

saya cuma tidak mahu menunjukkan saya siapa. saya mahukan hidup baru bila tiba disini. saya mahukan anda nampak saya seperti orang baik-baik belaka. namun itu tidak bermakna saya sanggup di pijak oleh anda. tidak bermakna saya tidak mampu menjatuhkan anda. jangan sampai anda melutut meminta belas ikhsan saya ketika kejahatan saya mula menerajui setiap minda saya. setiap pembuluh darah saya.

dan. akhirnya pengakhiran itu amat mengagumkan aku. terhias di depan. terletak indah. cukup membuatkan aku terawang2 seketika. terima kasih pada mereka yang masih mampu membuka mata melihat betapa jerih aku bekerja.


maaf.aku baru lepas tengok gossipgirl ep18. ada gaya medieval tak tulisan aku?- aku

owh.bagi mereka yang gemar scroldown tanpa membaca, jangan risau...masih ada samting untuk anda....


10 comments:

hzrh said...

haihh~
patut lama tk nmpak kau on9..
err..ke aku yg tk on9?
xD

cool la video yg kau letak tu!
C:

smile la dude!
:))

CikYarn said...

erm, aku suka entry ko yg ni. aku tak tau la ko ada maksud lain ke apa dgn ayat2 ko dlm entry ni pasal entry ko sblm ni walaupun nampak ringan tp maksud berat. tp semua cerita d setiap perenggan ko tu aku mmg tengah alami jugak sekarang (cuma berbeza latar, masa dan yg sewaktu dgn nya la...hehe)

org fikir dan nampak kita lemah tp hakikatnya ada jugak kelemahan mereka yg diorang sendiri tak tau. tak apa, aku sobarr...pheww...

macha_sezs said...

@thisisnotme
lol.ko yg ilang....
pe cer dgn ko punye cameron?
hahaha

@yarn
haha..manusia yarn...kalau tak bnyk..sikit mesti sama..semua manusia ni lebih kurang je..

oke.mebi aku kachak sket dari yg lain..hahaha.

@tune® said...

hahahaha
kamu mmg pandai..
tau sajer org scroll down...

macha_sezs said...

@atun
haha..bese ah. aku mmg paham naluri beloger tegar cam ko...

hahaha.eh.ko x g tgk belon?

A said...

:)

macha_sezs said...

@azrin aziz
anda hanya mampu tersenyum??

|yanA Azizi| said...
This comment has been removed by the author.
|yanA Azizi| said...

wah...cam cerah je mase depan??!..bagus2..jgn lupe borang nnt isi elok2 ye.
kahakhakahakah

macha_sezs said...

@yanaazizi
ah.ko.mempermaenkan aku je...
:P

hahaha

kesan tapak kaki

About Me

My photo
muka kacak..hati rumaja..jiwa riang..body taff..ade lesen L untuk lori..bukan perompak..tak penah merogol..pernah di cium..